huhuhu tetiba je nak cerita pasal kanser serviks ni..since jumpa doc ri tu aku high risker tuk possibilities dpt kanser serviks, derau jantung aiih..
so everyday dok google pasal kanser serviks ni..ish risau tahap gaban..after this nekad nak buat pap smear test yg kerap..last time buat lama dah dlm 2006 ke 2007..result masa tu normal..sbb LPPKN shah alam kata kalau ada yg x kena dorg akan call..so sampai ri ni xde dpt panggilan dr dorg pun meaning should be ok la ya..
lately debar tu makin menjadi..cadang nak g jumpa gynae la next saturday..so before make appointment tanya hubby dulu ok ke tak..nak dptkn injection HPV maybe dah x leh..since ngandung ni..tunggu la dulu..nak buat pap smear pun x leh..xpe la doa n tawakal mudah2an ianya belum berlaku terhadap diriku..
Nak selit sikit info berkaitan kanser serviks ni la..
Apakah itu kanser servik?
• Kanser pangkal rahim.
Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan
vagina.
• Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
Ia boleh terbahagi kepada :
o Peringkat awal
ƒ Berlaku di sekitar servik
o Peringkat lewat
ƒ Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain /'malignant' ƒ seperti paru- paru melalui sistem aliran darah
• Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
• Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak
kebelakangan ini.
• Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap
kanser ini.
• 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke
hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
• 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah
disebabkan oleh kanser servik.
Apakah penyebab kanser pangkal rahim?
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh
dikaitkan dengan penyakit ini.
Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan
yang berisiko tinggi:
• Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
• Mempunyai pasangan seks berbilang
• Mengandung lebih dari 5
• Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma
Virus/wart virus) • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
• Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan
lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
• Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit
tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut
berperanan menyebabkan kanser servik.
Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
• Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
• Perdarahan yang banyak
• Perdarahan yang berpanjangan
• Perdarahan di antara haid
• Sakit
• Kehadiran darah beku
o Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
o Sakit semasa hubungan seksual
o Perdarahan dari vagina selepas putus haid
o Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
• Berbau
• Bercampur darah
Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?
Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
• Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
o Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara
40 - 60 tahun.
• Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel
luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
• Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear
Apakah ujian yang mengesahkannya?
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah
colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan
dijalankan :
• Full blood count
• Liver function test
• Renal profile Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.
Apakah rawatan yang disediakan?
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
• Pembedahan
• Radioterapi
• Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.
Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
Mencegah lebih baik dari merawat.
Amalkan cara hidup yang sihat.
Setia pada pasangan anda.
Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.
Apakah itu ujian Pap Smear?
• merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
• Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
• Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu
terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
• Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR.
GEORGE PAPANICOLAOU.
• Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan
dihantar ke makmal untuk kajian.
• Tidak perlu ubat atau bius.
• Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
• Tidak menyakitkan.
• Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa,
cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan
seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
• Tanggalkan seluar dalam.
• Berbaring di atas katil.
• Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke
dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
• Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke
dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
• Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah
mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
• Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
• Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
• Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
• Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
• Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan
kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
• Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah
halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan
kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada
kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
• Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk
mendapatkan keputusan..
• Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan
klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
• Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan
seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
• Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
• Di semua klinik dan hospital kerajaan
• Di klinik/hospital swasta
• Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
• Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
• Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang
dikesan.
• Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding
untuk rawatan selanjutnya.
• Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
o Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan
pada smear.
o Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan
setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
o Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser
(sebelum berlaku kanser).
• Apa yang patut dilakukan seterusnya :
o Rawatan susulan
o Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
o Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
• Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang
luarbiasa.
• Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan
pada servik.
• Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
• Kurang menyakitkan.
• Sesetengah orang merasa tidak selesa.
• Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
• Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery'
untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
• Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
• Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
• Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Rujukan.
• Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
• Ministry of Health, 2002. Annual Report
• Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical
Cancer