Tuesday, May 24, 2011

Akhirnya Siap Sudah...Yahoo!!!

8 comments
Alhamdulillah syukur akhirnya siap passport kami..Sebenarnya passport mama ayah dah settled lama dah..cuma passport umar br je dpt buat..hahahha buat passport ni ada ke nak g mana2 luar negara ni..jgn buat je tp nanti passport cantik bersih x berisi cop..hehehhe

Masa buat passport tu ok la x lama..X sampai sejam lepas submit form dah leh collect passport tu..kebetulan kami pergi hari Khamis lepas, org pun x berapa nak ramai...Tq pada staf2 Immigration Sabah KK..

InsyaAllah cuti sekolah ni ayah nak bawa kami g jln2 ke Brunei..bukan apa dah alang2 kami di Sabah ni, amik kesempatan nak ke sana..Perjalanan darat dijangka amik masa 6 jam..n kome nak tahu??sekurang2nya 6 pos border kami kena tempuh..itu pun kalu ikut jalan yg betul..mana taknya kuar masuk sarawak brunei nak ke Bandar Seri Begawan..mudah2an mudahla urusan perjalanan kami..

Tapi duit Brunei Dollar besar kan..kalau kte RM100 tukar ke BND dlm 40 je dpt..emm xde la nak shopping sgt kot..syukur mama ada pak sedara kami panggil "pak may",stay sana..jadi kami bermalam di umah beliau..rasanya kos penginapan dah x payah fikir..kos makan pun x perlu kot..hahahhaa "cik aziah" kata don worry pak may belanja..hehehee..alhamdulillah..

So tunggu la ya..try snap gmbr byk2 n story mory disini...InsyaAllah Sabtu ni 28 May kami berangkat..kami x lama di sana..Isnin 30 May balik sabah sudah..sbb pak may n cik aziah pun nak bercuti ke KL..tgk anak2 mereka..

Ehh jap...mama ni leh ke kuar negara ni..nanti sampai border naya je..x leh kuar..dah check immigration belum ni??check jap...taraa....

Nama Tuan/Puan TIDAK termasuk di dalam senarai hitam peminjam ingkar PTPTN yang tidak dibenarkan untuk ke luar negara.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi Hotline PTPTN di nombor 03-2080 4455.

Alhamdulillah syukur...rasanya xde halangan nak gi Brunei ni..kalau diizinkan Allah,mudah2an perjalanan ini dipermudahkan dan diberkati Allah..doakan kami sihat n lapang je..selit sikit gambar muka pasport umar n pasport2 kami..

Photobucket,

Photobucket

Sunday, May 22, 2011

Mood nak berblog dah kureng la...

7 comments
Since blog ni masih lg bermasalah...kureng dah mood nak berblog..sbb yg utama x leh insert image...macam mano..x menarik la cite..sbb aku bukannye pandai karang ayat power2..thru gmbr je buat post aku ni menarik sikit...sampai bile la agaknya aku akan mengalami masalah ini ..huhuhu..

cuaca yg panas skang ni juga membikin aku jadi lebih panas pd blogspot..apa salah aku??waaaa....
selitkn pesanan penaja sekejap, cuaca panas ni bykkn minum air masak ya..especially tuk ibu menyusu n pregnant women...cepat dehidrat nanti..tekak ku pun mcm mula nak perit..padahal 1 bekas air 2 liter dah nak habis aku minum ni...

ok la adios ya..asar dah masuk nak solat dulu, pastu ikut hubby nak kuar g pekan cari suratkhabar..hahahha di sabah ni paper sampai lambat ya..nak petang br dpt beli..unless duduk KK..pg dah ada paper n harga nya ikut yg printed tu ya..tp bile dah sampai kawasan2 lain mcm kota belud ni...hehehee harga dah lain k..mahal sikit..tmbh 30sen ke 40sen lupa dah...sbb selalu yg beli hubby...

bye bye sume...(psst..ada ke yg baca ntah...)

Tuesday, May 17, 2011

Kenapa yek?? Ada prob ke dgn blog aku ni??

2 comments
2,3 hari ni agak angin juga..adakah sbb aku sendiri yg x pandai atau ada problem dgn blogspot.com ni...dr kelmarin try nak tmbh widget tp x leh save la..xde apa2 yg berlaku bile ku click save..just senyap je..ke account aku ni dah x valid..try juga nak buat yg legacy claim pun x boleh..kata nya user not found..huhuhu apa masalah sebenarnya ya..

ingat nak la tmbh widget ni >>>>>> haaa what??insert picture pun x leh..nak save draft post pun x boleh..huhuhu kenapa ni???adakah sesapa mengalami nya sama spt aku..ke aku sorg je..ada yg x kena ke dgn lappy ku ini...waaaa nak nangis la...

Pada sapa2 yg membaca n tahu mcm mana nak selesaikn leh tak tlg hamba ini...huhuhu...hilang la nikmat berblog mcm ni....PLEASE HELP ME!!!!!

Sunday, May 15, 2011

GENG SURAU TERBAIK DARI OASIS !!!

4 comments
Suka sgt nak berkongsi berkaitan one of my favourite drama ..ditayangkan pada Ramadhan 2010 yang lalu..hahaha ni br nak share kn di sini..Oasis ulang tayang la byk kali, tetap tgk..best lawak2 yg bersahaja..watak2 seperti Pak Imam, Pak Abu n Cikgu sgt menghiburkan hati..begitu juga yg lain2..Miss Mina, "Mayat aka Razif" memang terbaik!!!

Syabas dan tahniah pd Pena Creative Picture yg menghasilkan cerita ringan namun byk pengajaran nya..Skang suka juga tgk drama2 yg diterbitkn oleh Pn Hjh Ziela Jalil..kebanyakan mempunyai motif n nasihat pengajaran yg baik..Kita saksikan antara sedutan drama ni bersama..

Promo opening



Antara episode yg buat saya pecah perut gelak..



Friday, May 6, 2011

Jalan2 Have Fun..

3 comments
Last Saturday ri tu saja jalan2 g KK..ayah Umar nak jumpa kawan maktab dia..cian kawan ayah kena pau dgn ayah..kami mkn di Restoran K.Nong..tp bukan itu yg kami nak cerita..

Kami sempat singgah Perdana Park Tanjung Aru..saja nak try bw umar jln2 lepas bebas..memang seronok la..ada tempat kanak2 bermain..musical fountain..tp syg kamera hp x brp canggih..n x pandai nak membega nya..gmbr yg diambil sgt limit n x brp cantik..tp nak kongsi gak..kami g mlm..jadi sejuk sikit nak berekreasi ni..sorry ya kedua2 gmbr mama kena mencangkung memandangkan nak peluk umar tuk elak dr dia berlari ketika nak amik gmbr..hehehe..




video

Umar betsnye dpt jalan freely..


video

Musical fountain..

Wednesday, May 4, 2011

huhuhu..Kanser Serviks

4 comments
huhuhu tetiba je nak cerita pasal kanser serviks ni..since jumpa doc ri tu aku high risker tuk possibilities dpt kanser serviks, derau jantung aiih..

so everyday dok google pasal kanser serviks ni..ish risau tahap gaban..after this nekad nak buat pap smear test yg kerap..last time buat lama dah dlm 2006 ke 2007..result masa tu normal..sbb LPPKN shah alam kata kalau ada yg x kena dorg akan call..so sampai ri ni xde dpt panggilan dr dorg pun meaning should be ok la ya..

lately debar tu makin menjadi..cadang nak g jumpa gynae la next saturday..so before make appointment tanya hubby dulu ok ke tak..nak dptkn injection HPV maybe dah x leh..since ngandung ni..tunggu la dulu..nak buat pap smear pun x leh..xpe la doa n tawakal mudah2an ianya belum berlaku terhadap diriku..

Nak selit sikit info berkaitan kanser serviks ni la..

Apakah itu kanser servik?
• Kanser pangkal rahim.
Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan
vagina.
• Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.

Ia boleh terbahagi kepada :
o Peringkat awal
ƒ Berlaku di sekitar servik
o Peringkat lewat
ƒ Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain /'malignant' ƒ seperti paru- paru melalui sistem aliran darah

• Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
• Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak
kebelakangan ini.
• Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap
kanser ini.
• 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke
hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
• 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah
disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh
dikaitkan dengan penyakit ini.
Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan
yang berisiko tinggi:
• Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
• Mempunyai pasangan seks berbilang
• Mengandung lebih dari 5
• Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma
Virus/wart virus) • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
• Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan
lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
• Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit
tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut
berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
• Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
• Perdarahan yang banyak
• Perdarahan yang berpanjangan
• Perdarahan di antara haid
• Sakit
• Kehadiran darah beku
o Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
o Sakit semasa hubungan seksual
o Perdarahan dari vagina selepas putus haid
o Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
• Berbau
• Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?
Ya, boleh.

Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
• Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
o Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara
40 - 60 tahun.
• Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel
luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
• Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear

Apakah ujian yang mengesahkannya?
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah
colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan
dijalankan :
• Full blood count
• Liver function test
• Renal profile Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
• Pembedahan
• Radioterapi
• Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
Mencegah lebih baik dari merawat.
Amalkan cara hidup yang sihat.
Setia pada pasangan anda.
Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

Apakah itu ujian Pap Smear?
• merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
• Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
• Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu
terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
• Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR.
GEORGE PAPANICOLAOU.
• Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan
dihantar ke makmal untuk kajian.
• Tidak perlu ubat atau bius.
• Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
• Tidak menyakitkan.
• Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa,
cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan
seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
• Tanggalkan seluar dalam.
• Berbaring di atas katil.
• Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke
dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
• Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke
dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
• Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah
mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
• Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
• Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
• Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
• Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
• Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan
kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
• Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah
halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan
kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada
kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?
• Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk
mendapatkan keputusan..
• Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan
klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
• Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan
seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
• Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
• Di semua klinik dan hospital kerajaan
• Di klinik/hospital swasta
• Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
• Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?
• Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang
dikesan.
• Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding
untuk rawatan selanjutnya.
• Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
o Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan
pada smear.
o Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan
setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
o Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser
(sebelum berlaku kanser).

• Apa yang patut dilakukan seterusnya :
o Rawatan susulan
o Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
o Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?
• Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang
luarbiasa.
• Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan
pada servik.
• Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
• Kurang menyakitkan.
• Sesetengah orang merasa tidak selesa.
• Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
• Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery'
untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
• Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
• Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
• Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Rujukan.
• Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
• Ministry of Health, 2002. Annual Report
• Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical
Cancer