Saturday, May 15, 2010

Safety Toys for Children..


En3 kali ni just nak share pasal keselamatan mainan pada anak2 kita..since ada 1 permainan yg kami beli ni agak merisaukn buat kami..jadi terpanggil nak cite sikit..

Sebab kebanyakan kemalangan yang berlaku pada kanak2 banyak berlaku dirumah..Antaranya kerana kecuaian kite sebagai ibu bapa. Kebanyakan kes kecederaan dan kematian ini berlaku kerana standard keselamatan alat permainan kanakkanak tidak dipatuhi. Ibubapa pula terlalu ghairah untuk memuaskan kehendak anak-anak mereka dan tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan terhadap alat-alat permainan tersebut.

Bulan lepas kami baru beli 1 permainan buat Umar..memang fun dan Umar pun suka..tp motor yg menggerakkan permainan itu agak merisaukan, kerana ianya terlalu berat takut2 tempat berpaut nya tak dapat menampung berat motor tu..kerana misalnya jika kejadian x diingini itu berlaku, dia pasti akan mencederakan bahagian kepala..nauzubillah..jadi tanpa membuang masa, kami memulangkan permainan tersebut atas alasan tidak safety pd bayi kami..Syukur toys store tu menerima dan memulangkan duit kami..Emm agak mahal la juga permainan tu n dr jenama agak terkenal juga..emm ala yg apa fish fisher tu..hehehehe..memang tahu dorg tidak akan memasarkan mainan yg boleh membahayakan kanak2 kerana mereka telah melakukan penyelidikan terlebih dahulu..tp perasaan bimbang kami sbg mama ayahnya membuat kami melakukan keputusan begitu..




So inilah mainan yg disebutkan di atas..Bayangkan motor yg berwarna bergerak tu sangat berat bg bayi berumur 4 bln ini..Especially bile Umar ligat menendang, bergerak jugalah kaki motor yg merah tu..

Mujur Umar belum pandai merajuk mainan dia dah di pulangkan..Umar kini sudah pun ada mainan baru nya..(psst..tp dr brand yg sama..hehehe) Syukur berbaloi di beli memandangkan Umar juga suka dgn mainan baru ni..



Lihatlah mainan baru Umar..seronok lihat bila kaki tangan dia ligat nak menyentuh toys yg gantung2 tu bila sampai masa main dia..

Maka, sebagai pengguna permainan yang berhemat, kita harus menyedari tentang bahaya yang terdapat pada sesetengah alat permainan kanakkanak serta mengawasi alat permainan yang diberikan kepada anak-anak kita. Malangnya di Malaysia tidak terdapat sebarang peraturan yang mengawal ciri-ciri keselamatan pada alat permainan dan peralatan kanak-kanak. Oleh itu, perlindungan kendiri adalah perlindungan terbaik.Sebagai parents kite mampu berusaha mengelak dan menjaga keselamatan anak2 kite, tp jika kecelakaan tetap berlaku, ingat la ia kerana Yang Maha Esa,yg mahu menduga kesabaran hambanya...

1 comments:

qaseh mas said...

salam Irma
Permainan anak2 ni memang kita kena memilih.bimbang keselamatan mereka sebenarnya.fish fisher ni tahan lama,kan Irma..
p/s;besar dah Umar....