Wednesday, July 8, 2009

Pagi Yang Hening Dengan Azam Baru..Hehehehe


Salam sayang..Lama juga mama x update blog ni..Mama kesibukan mencari idea hehehe kononla..Alhamdulillah beberapa hari ni mama rasa sihat sejahtera..Mood nak masak pun makin ada..So mama decide next week nak mula masak la..Tapi masak pun yg simple2 je la..Emm tp kalau ayah ada br mama nak masak yg special sikit..sbb ayah leh tolong mama..hehehe mcm buat nasi beriani ke, rojak ke..yummy yummy..sedapnya sayang..Sian ayah..mkn lauk kedai je 4 bln ni...Ayah pernah cakap pd mama dia rindukn masakan mama, nasi lemak, nasi beriani, rojak mama..hehehe sedapla kot masakan mama ni agaknya kan..Sebut je pasal ayah, Alhamdulillah ayah dah pun sampai sekolah dia..Ayah missed call mama jap ni td..Xpe la..mama cuba nanti btahu ayah mama nak mula masak la..So kalau ayah on,mama order je kat ayah nak beli lauk apa..hehehe..Mama ni tahu order je kan..InsyaAllah mudah2an hasrat mama nak masak semula tercapai..

Sayang, skang ni satu dunia terkesan dgn perihal "tragic death of King Pop Michael Jackson." Fyi dia ni salah seorang penyanyi terkenal di dunia..Emm mama tidaklah meminati dia..Cuma ada beberapa lagu dia yg mama suka especially bila menyentuh hal kemanusiaan dan bab alam sekitar, muka bumi..Honestly lirik2 lagu2 dia memang banyak yang boleh dijadikan teladan..Pagi td kul 0550 mama n ayah sempatla melihat di E! channel "repeated remembering michael jackson at staples centre los angeles"..Akhirnya mama dapat juga mendengar fav song mama Heal The World..Setelah menanti semenjak kematiannya 25 June, bila la rancangan2 TV ni nak perdengarkan mama lagu ni..At last mama dpt dengar..Puas sayang..Emm mama attached part lyric lagu ni yg mama suka as below:

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Then It Feels That Always
Love's Enough For
Us Growing
So Make A Better World
Make A Better World...


Emm sayang..tp bukanlah itu yang sepatutnya kite kisahkan sangat..Itu janji Allah, setiap yang bernyawa pasti kan kembali kepada-Nya.Kite yang masih hidup ni mesti teruskan hidup dengan semangat dan keazaman yang kuat..Fuiyoo mama biar betul ni..hehehe..Sebenarnya ada perkara yang lagi penting mama nak ceritakan..Mama sedih atas apa yg berlaku sekarang ini..Ramai umat Islam sekarang ditindas oleh pihak yg tidak sepatutnya..Mama mlm td menonton rusuhan yg berlaku di Xinjiang China..Kesian sayang..Puak minoriti Islam Uighir di sana ditangkap sewenang2nya..Apalah salah mereka yang cuba mempertahankan hak mereka..Sedih mama lihat..Belum lagi cerita di Selatan Thailand..Orang Islam di sana dibunuh sesuka hati..Dan yang paling mama tidak boleh terima, 10 orang termasuk imam dibunuh ketika mendirikan solat di Masjid Al-Qulkon..Itu cara serangan yang dayus sayang..Apa lagi perkataan yg sesuai untuk serangan itu melainkan KEJAM & DAYUS..hanya Allah sahaja yang mengetahui apa hikmahnya di sebalik kejadian itu sayang..Betul kata ayah..Umat Islam sekarang tidak mahu bersatu..Mama pernah terbaca, Rasulullah juga pernah berkata umatku akhir zaman terlalu ramai tetapi tidak mahu bersatu (betulkn saya jika saya silap)Entahla sayang mama pun tak tahu sejak ngandung kan sayang hati mama tersentuh sangat dalam nak perjuangkan Islam..Mama suka sangat nak baca kisah2 pahlawan Islam, spt Saidina Umar, Saidina Hamzah..dan sekarang mama masih menantikan pesanan buku yg mama beli bertajuk Umar Al-Khatab - Reformis Dunia Islam keluaran PTS..Satu buku lg mama masih mencari Salahuddin Penakluk Jerusalem..Mudah2an apabila sayang lahir nanti sayang akan menjadi salah seorang yang nak meneruskan perjuangan tokoh2 Islam terdahulu dlm memperjuangkan Islam..Amiin...Besar ke hasrat mama ni sayang..Kita cuba sama2 lakukan apa yang termampu ya sayang..

Wah panjang pula celoteh mama kali ni..hehehe..akhir kata dari mama,

"Ya Allah Ya Tuhanku, hambamu yg lemah ini memohon untuk kau melindungi umat Islam yang tertindas, moga dihentikanlah penganiayaan yang berlaku..dan titipkanlah semangat dan hati yang nekad kepada semua umat Islam untuk sentiasa bertuhankan mu Ya Allah, mengingati mu Ya Allah dalam menegakkan kebenaran Islam..Amiin"

Wassalam..

P/S: Nak selit sikit..mama masih belum lg dpt menikmati Mango Tango..huhuhuhu..

0 comments: