Wednesday, July 20, 2011

Happy n Enjoy..


Sukanya nak cite..ingat x en3 pasal Saya Sgt Suka Nak Mencuba dulu tu??hehehe..jeng jeng..ada semangat baru timbul..1st time buat Kek Bahulu Rose alhamdulillah jadi..leh tahan sedap n gebu je..x manis sgt..cuma ya la x brp cantik permukaan kek..tp hubby kata sedap..Yahoo!!! alhamdulillah..

Bersemangat nak buat yg lain plak..last 2 week buat triflle tp syg x sempat amik gambar tidak leh attached sini..ok gak triffle tu cuma kustard x brp menjadi..tp sedap juga la..

So kali ni kek bahulu rose sempat snap gmbr..tp x berapa cantik mcm org len buat ya..but don't judge book by its cover k..hehehhee..nak resepi tak??sgt senang bahan2 nye..

Photobucket

Bahan-bahan ( Saiz 20cm )

· 4 biji telur

· 1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)

· 1 sdt esen rose

· 1 3/4 cawan tepung gandum

· Sedikit pewarna merah

.

Cara-cara

1. Pukul telur bersama gula hingga kembang

2. Masukkan esen rose

3. Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.

4. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna.

Kacau rata.

5. Sapu acuan dengan minyak masak.

6. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan

adunan berwarna dan adunan asal semula..(3 lapisan)

7. Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam..Saya masak lebih kurang 45-50min..

2 comments:

Krsty Pinky said...

suke tgk org buat cam2 kek..
den ni takde oven..woooo~

Irma Rizal said...

tu la suka tgk org buat..
tu yg cuba tp kdg jd kdg tak..
huhuhu..