Thursday, August 27, 2009
Juadah Berbuka 06 Ramadhan 1430H
Saturday, August 22, 2009
....Hehehe Award , Wishes Card From Lovely Bloggers...
Wednesday, August 19, 2009
...AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Dan kali ni ada memori baru..InsyaAllah kenangan berpuasa semasa mengandung kali pertama..wah best2..harap2 la sgt kuat semangat n bdn sihat tuk berpuasa..Menurut pakar trimester ke 2 selalunya tidak ada mengalami masalah untuk berpuasa..boleh bepuasa seperti biasa..mudah2an dapatla berpuasa penuh..tp tu la ..tahap kelaparan ku n kuat mkn ku makin bertambah..huhuhu..xpe yg penting masa sahur mkn berat2 skit..n mkn time2 nak dekat habis sahur ya..Gynea Dr Helen pun pesan time buka jgn la mkn yg manis2..makanan manis salah satu penyebab berat bdn bertambah..skang berat bdn ku 64kg..So far sepanjang mengandung ni naik 4 kg..harap2 berat badan naik normal la ya..
Sejak tgk Al Kuliyyah TV3 & Tanya Ustaz TV9 minggu lepas baru ku tahu tentang sebenarnya2 kaedah ganti puasa dan bayar fidyah bg ibu hamil dan yang menyusukan..Selama ni ingat leh main ganti n bayar fidyah saja mcm tu..Tp rupa2nya tgk pada keadaan utk siapa puasa kite tu dibatalkan..Nak kongsi sikit info tu..Bagi ibu hamil atau yg menyusukan bayi, jika puasa terpaksa dibatalkan atas sebab bimbang memudaratkan pd kesihatan si ibu, maka ibu tersebut wajib menggantikan puasanya SAHAJA pada tahun itu..Jika dia tidak habis menggantikan puasa pada tahun itu maka barulah ibu perlu membayar fidyah pada tahun berikut mengikut berapa hari si ibu tinggalkan..Tapi jika si ibu membatalkan puasa atas sebab takut memudaratkan ibu dan juga bayi nya maka si ibu wajib menggantikan puasa DAN membayar fidyah pada tahun itu juga..HARAP MAKLUM..
Semoga kedatangan Ramadhan 1430H ini membawa 1001 kerahmatan dan keberkatan buat kite semua..Kepada semua ahli keluarga tercinta, Abang sayang, ma abah & mertua, ipar duai, adik2 ku..,Selamat Perpuasa..Nantikan kepulangan kami 20hb Sept ni ya..x sabar lak..jangan mara ya..
Wassalam..
Friday, August 14, 2009
H1N1 Ancaman Kepada Ibu Hamil
| ||||
|
KALI terakhir dunia diserang wabak pandemik influenza A ialah dalam tahun 1918. Wabak yang melanda selama lebih kurang dua tahun itu dikenali sebagai Spanish Flu telah menyebabkan kematian lebih 50 juta manusia di seluruh dunia.
Kini wabak daripada virus yang sama iaitu H1N1 daripada jenis influenza A kembali menjadi pandemik yang membimbangkan penduduk dunia.
Salah satu golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini ialah ibu mengandung.
Terdapat beberapa faktor mengapa ibu mengandung dikategorikan sebagai berisiko untuk terkena jangkitan virus H1N1.
Pakar perbidanan dan sakit puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, ketika mengandung lazimnya pernafasan wanita terbabit akan berubah berbanding wanita normal.
"Ketika mengandung, rahim akan mengembang dan meningkatkan tekanan pada bahagian usus sekali gus menyebabkan pengembangan diafram (bahagian antara paru-paru dan perut) terhad dan membuatkan nafas tersekat-sekat (pendek).
"Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika wanita hamil tersebut dijangkiti H1N1 yang lazimnya akan menyerang sistem pernafasan dengan memasuki bahagian kerongkong pesakit," jelasnya ketika ditemui di kliniknya yang terletak di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Selain itu, menurut Dr. Silvam sistem imuniti (kekebalan tubuh) bagi ibu mengandung juga rendah menyebabkan mereka mudah terdedah dan mendapat jangkitan penyakit termasuk H1N1.
Jadi walaupun seorang ibu mengandung itu berada dalam tahap kesihatan yang memuaskan mereka tetap berisiko untuk dijangkiti kuman kerana kuasa daya lawan penyakit kurang ketika mengandung.
Dr. Silvam berkata, apabila ibu mengandung berhadapan dengan masalah kesihatan, doktor yang merawat akan lebih berwaspada untuk memberi ubat-ubatan kerana takut mendatangkan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.
"Dalam tiga peringkat mengandung, pertama, kedua dan ketiga trimester, peringkat pertama dan ketiga perlu diberi perhatian. Peringkat ketiga mengandung lebih berisiko untuk mendapat jangkitan dan kesannya sehingga boleh menyebabkan kematian.
"Di Amerika Syarikat, setakat ini sudah lebih 300 kematian akibat H1N1 dan antara lima dan enam peratus mangsa adalah daripada kalangan ibu mengandung.
"Perlu diingatkan juga bahawa wabak ini masih belum menemui penawarnya justeru langkah pencegahan sebelum terkena amatlah penting," katanya.
Sehubungan itu kata beliau, ibu mengandung dinasihatkan jangan pergi ke tempat yang menjadi tumpuan ramai orang kerana dikhuatiri akan mengalami jangkitan daripada orang yang tidak dikenali.
Sekiranya terdapat sedikit simptom seperti demam, selesema, sengal-sengal sendi dan sebagainya, sebaiknya mereka mengasingkan diri (kuarantin) di rumah dan pakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan daripada menjangkiti ahli keluarga lain.
"Kurangkan mencium anak-anak lain dan mesti buang topeng, tisu bekas hingus dan batuk ke tempat yang tertutup," jelasnya.
Rawatan
Dr. Silvam menerangkan apa yang penting ialah setiap ibu mengandung tidak perlu panik apabila muncul simptom sebaliknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan tentang sama ada mereka telah terkena jangkitan.
"Pengesahan boleh dilakukan melalui ujian dengan mengambil sampel air liur untuk dihantar ke makmal.
"Rawatan profilaksis atau cara untuk mengelak daripada terkena jangkitan dengan menggunakan antiviral juga boleh diberi kepada ibu mengandung.
"Virus ini masih tiada ubatnya dan apa yang perlu dibuat ialah menjaga kebersihan diri sebaik mungkin," katanya.
Selain itu, Dr. Silvam menambah, apa yang perlu ditekankan ialah pentingnya pemahaman tentang penyakit ini.
Apabila simptom Influenza A H1N1 ini terjadi kepada wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan secara simptomatik iaitu rawat satu persatu masalah mereka.
"Jika demam, maka doktor akan merawat demam hingga baik. Jika demam terlalu tinggi memang akan membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu akan dirawat dengan memberikan beberapa dos paracetamol.
"Begitu juga jika selesema dan batuk. Jika simptom terjadi pada trimester pertama kandungan, doktor akan lebih berhati-hati dalam memberi ubat kerana khuatir risiko ubat kepada bayi.
"Tetapi kalau selesema si ibu agak teruk maka mereka perlu dirawat dengan ubat yang diberi nama Tamiflu dan Revenza," jelasnya lagi.
Sewaktu kelahiran dan penyusuan bayi
Dr. Silvam berkata, jika simptom H1N1 terjadi kepada ibu yang hendak bersalin perkara paling tidak digalakkan oleh doktor ialah memberi ubat mempercepat kelahiran (induce). Ini kerana induce akan menyebabkan bayi mudah dijangkiti virus.
"Sebaiknya ibu perlu melahirkan bayi secara normal apabila tiba masanya. Ketika meneran untuk bersalin sudah tentu ibu yang mempunyai simptom tidak boleh memakai topeng (penutup hidung dan mulut), jadi orang di sekeliling mestilah mengambil langkah keselamatan dengan memakai topeng dan basuh tangan dengan bersih.
"Dalam tempoh 72 jam selepas ibu melahirkan dan menerima rawatan, ibu tersebut dianggap tidak menyebarkan virus tetapi langkah pencegahan kebersihan masih perlu diikuti dengan teliti. Sebagai contoh menutup mulut ketika batuk dan cuci tangan dengan kerap," jelasnya.
Dr. Silvam berkata, sebaiknya ibu yang baru melahirkan memberikan susu badan kepada bayi mereka dan jangan berhenti kerana susu ibu banyak antibodi yang membantu menguatkan ketahanan bayi daripada dijangkiti penyakit.
"Virus H1N1 tidak akan berjangkit menerusi susu ibu. Yang penting amal langkah berjaga-jaga, jangan terlalu dekat dengan orang lain dan jika ada sentuhan pastikan tangan dicuci dengan bersih," ujarnya.
Nota Kaki: Sumber Utusan Malaysia 13/08/09
Wednesday, August 12, 2009
Info H1N1..Prevention Better Than Cure..
"The following should prove useful as well:
* Keeping awake late-nights is not very good. Likewise, over-working (far too much of working until your body is totally exhausted) is not good. Starving without eating food is not good for this disease. Strenuous exercises are not good, as it would make the body acidic.
* Avoid consuming ACID foods, fruits and drinks. Examples of this: buah kundang, rambai, macang, mango, duku langsat, rambutan (a few ok), mangosteen (very few, ok), durian (not too much), green belimbing used for cooking (sweet buah belimbing, ok), strongly sourish Durian Belanda (sour sop) (sweet sour-sop, ok), sour plums, Roselle drink, Assam Jawa drink (using Assam Jawa for cooking, ok), (oranges, pomelo and lemons are ok, since they contain plenty of potassium), sour pineapple (a little of sweet pineapple, ok), China-imported tit-bits that taste sour: e.g., sourkana, sour orange skin, sour lemon skin, sour ginger, sour-tasting Bayam (pulicha keerai, in Tamil), etc., Generally rice and rice-based foods are good. All those bottled drinks that may contain citric acid (or any other acid or preservatives) should be avoided. Foods cooked 2 or 3 days ago (i.e., old food), if not sterilised properly) should not be eaten as well. This is especially true if the curry contains dhor dhall, kacang hijau (green gram), kacang tanah (groundnut), etc. Must avoid eating chocolates, ALL forms of nuts including groundnuts, pistachio, almond, etc. should not be eaten in large quantities / frequently (A few added to foods can be eaten).
* Better to eat: dragon fruit, sweet apples, honey melon, water melon, pears, bananas, cucumber, onions, pumpkin, grey 'pumpkin' (Poosanikkai, in Tamil), loofa (Peerkangai in Tamil), Drinking coconut water (and its meat) on alternate days (during day time and not by night) is good. Coconut water can be taken daily if one is travelling around, or is enggaged in strenuous physical work.
* The fruits of Sea Coconut (Borassus flaberllifers) is EXCELLENT if a person has already contracted the disease. It will give immediate cure. Now, it is available in supermarkets in canned forms: they call it Sea Coconut, imported from Thailand or Singapore : white syrup or gula Melaka preparation: both are OK. (Uninfected people can also eat this for prevention: dosage: just 2 or 3 pieces only in the mornings on alternate days, until the hot season changes.
* If infected, one should bathe 3 or 4 times a day in cool tap water. (Hot water is bad).
* Once infected, the person should eat RICE and rice-based foods, and should avoid high protein diet, chicken, soybean (all kinds), oily foods, Wheat items are not good. Powdered milk, papaya and other acid fruits mentioned above should be avoided altogether.
IMPORTANT NOTE: All the above should NOT be continued forever. Do all the above only for a month or so, until the HOT season changes. After that, should eat ALL things in moderation."
With best wishes,
Dr. Palani.
Dr.V.M. Palaniappan, Ph.D.,
(Pioneering Founder of "Ecological Healing System"),
Chief Consultant
Neo Health Care
30-A, Jalan Ara SD 7/3-A,
Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur
Malaysia
H/P: (6) 012-207 14 14
Tel Resid: (6-03) 627 222 84
E-Mail: vmpalani@streamyx.com
Friday, August 7, 2009
Virus Influenza H1N1 terhadap ibu mengandung..
Itu antara langkah2 awam yg perlu dilakukan..Adalah juga sebaiknya kita selaku umat Islam mengamalkan langkah pencegahan mengikut kaedah Islam..BERDOALAH..Berdoa merupakan senjata umat Islam..Panjatkan doa minta dilindungi drp Allah SWT..Baik juga kalau kite amalkan minum air zamzam ataupun air yang dibaca Surah Yassin dan Doa Syifa sebagai langkah tambahan utk mencegahnya..Imam2 masjid juga pastinya sudah ada perancangan apa yang perlu dilakukan..Tambahan hari ini hari Jumaat hari yang mulia, eloklah jika membaca doa Qunut Nazilah sewaktu solat berjemaah dan berdoa semasa khutbah dibacakan minta dijauhi penularan wabak ini makin meningkat..Apapun setiap yang berlaku sudah menjadi ketentuan Allah..Hanya kepada-Nya kita bergantung dan berserah..
Berikut ada lah kenyataan rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican semalam :-
Penularan virus Influenza A(H1N1) didalam komuniti telah semakin meluas. Ia ditunjukkan oleh kehadiran ramai pesakit ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan demam dan batuk. Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil tindakan2 berikut:
1. Mereka yang berisiko tinggi (ibu mengandung, obes, asma, diabetes, imuniti rendah, sakit jantung) dan sedang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit dengan jangkitan virus Influenza A (H1N1) jika sekiranya rawatan dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas bermula gejala.Rawatan tidak memerlukan ujian pengesahan makmal dan bagi klinik kerajaan rawatan adalah percuma.
Selepas mendapat rawatan, pesakit adalah perlu berada di rumah dan mengurangkan pergaulan dengan orang awam termasuk ahli keluarga serta sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan etika batuk yang baik.Amalan ini dapat mengurangkan perebakan virus kepada orang lain.
Saya ingin sekali lagi menegaskan di sini bahawa :
Semua pesakit yang tergolong dalam kategori berisiko seperti ibu mengandung, obes, asma, diabetes, imuniti rendah, sakit jantung adalah diminta mendapat pemeriksaan SEGERA di hospital.