Wednesday, April 27, 2011

Carta Perkembangan Bayi


Setiap ibubapa pasti teruja apabila melihat anak mereka tersenyum buat kali pertama, mula menggenggam, meniarap,berjalan dan yang paling mengharukan adalah apabila anak mereka mula memanggil "ibu" dan "ayah". Setiap bayi adalah berbeza maka kadar tumbesaran mereka juga adalah berbeza bagi setiap individu. Oleh sebab itu carta peringkat perkembangan dibina sebagai panduan kepada ibubapa yang peka terhadap perkembangan anak mereka. Carta ini boleh dijadikan panduan untuk memerhatikan perkembangan bayi tetepi harus diingat bahawa carta ini dibina berdasarkan pencapaian kebanyakan bayi; bayi yang normal mungkin mengambil masa yang sedikit lewat berbanding yang dinyatakan. Carta ini adalah sebagai panduan dan bukannya sumber yang mendatangkan kebimbangan.

Carta peringkat perkembangan bayi

Umur

Peringkat perkembangan

1 bulan

  • Mengangkat kepala sambil perut menyentuh lantai
  • Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
  • Bertindakbalas terhadap bunyi yang kuat

2 bulan

  • Menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
  • Mengulangi bunyi vokal seperti "oh" dan "ah"

3 bulan

  • Mengangkat kepala sehingga 45°
  • Mengangkat kepala sambil perut dan dada menyentuh lantai
  • Mengukir senyuman sosial

4 bulan

  • Mengangkat kepala sehingga 90°
  • Duduk dengan sokongan
  • Berguling (dari kedudukan meniarap ke kedudukan menelentang)
  • Mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki

5 bulan

  • Mula tumbuh gigi

6 bulan

  • Menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
  • Menggapai dan menggenggem objek
  • Duduk sendiri dengan sokongan yang minima
  • Berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)

7 bulan

  • Mengajuk bunyi-bunyian
  • Menyuap sendiri makanan
  • Duduk tanpa sokongan

8 bulan

  • Menghisap objek
  • Memanggil 'ibu" atau "ayah"
  • Mula merangkak
  • Bertindakbalas terhadap nama sendiri

9 bulan

  • Mengangkat perut untuk duduk
  • Berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
  • Memahami keadaan kekal objek

10 bulan

  • Mengambil objek menggunakan 2 jari
  • Merangkak dengan sempurna (perut tidak menyentuh lantai
  • Menolak badan untuk berdiri dari kedudukan duduk

11 bulan

  • Menepuk tangan
  • Melambai
  • Berdiri dengan sendiri selama beberapa saat
  • Memanggil dan mengenali ibu bapa sendiri
  • Memahami maksud "tidak"
12 bulan
  • Menggeleng
  • Memahami arahan mudah
  • Berjalan dengan bantuan
13 bulan
  • Mengucapkan 2 perkataan (conton: hai dan bye)
  • Berdiri dengan sempurna
14 bulan
  • Makan menggunakan jari
  • Melangkah beberapa langkah tanpa bantuan luar
15 bulan
  • Gemar melihat dan menyelak buku
  • Berjalan dengan sempurna
  • Memanjat tangga
16 bulan
  • Bersedih apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini
17 bulan
  • Bertindakbalas terhadap arahan mudah
18 bulan
  • Mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
  • Minum menggunakan cawan
  • Makan menggunakan sudu
19 bulan
  • Boleh menggunakan sudu dan garfu
  • Berlari dengan sempurna
20 bulan
  • Membuka pakaian sendiri tanpa bantuan sesiapa
21 bulan
  • Berjalan menaiki tangga dengan bantuan
  • Mula mempelajari sehingga 5 perkataan sehari
22 bulan
  • Mula mempelajari sehingga 10 perkataan sehari
  • Memahami 2 arahan yang berturut (contoh: Ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
  • Boleh mengawal pundi kencing
23 bulan
  • Menggunakan 50-70 patah perkataan
  • Menamakan gambar-gambar mudah di dalam buku
  • Menuruni tangga dengan bantuan
24 bulan
  • Memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
  • Sesetengah ucapannya boleh difahami
  • Membuat ayat menggunakan 3-4 patah perkataan


Tetapi so far Umar belum pun pandai bercakap..huhuhu..lambat pula..tgk kawan2 lain sudah pandai bercakap..Harap x lama lagi Umar akan pandai bercakap..mudah2an amiin..

0 comments: