Assalammualaikum wbt..Fuuh lama betul xde new entry kat blog ni..dah bersawang ya bak kata sesetengah bloggers..hehehe...
Memandangkan 17 Ramadhan akan tiba x lama lg..kdg2 kite ni mudah terlupa..jadi ada baiknya mengulangkaji balik mana2 yg terlupa tu..ish ish x sepatutnya kite terlupa sejarah penting buat umat Islam ni..17 Ramadhan tu di kebanyakan negara termasuk Malaysia yg tercinta diingati sbg peristiwa turunnya Al-Quran kepada Rasulullah SAW..Cuma ada pendapat kedua sebenarnya Al-Quran ni diturunkan pada 24 Ramadhan dimana ada hubung kaitnye dgn Lailatul Qadar..17 Ramdhan yg sebenarnya adalah peristiwa berlakunye Perang Badar berdasarkan ayat 41 Surah Al-Anfaal..Dimana ayat itu lebih mefokuskan Perang Badar bukannya Al-Quran..
Firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu:
"…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (Surah Al-Anfaal : 41)
Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran..Sudah menjadi kelaziman kita mengingati 17 Ramadhan sebagai Nuzul Quran, namun bg majoriti para mufassirin, pendapat kedua adalah lebih kuat..Ini kerana 17 Ramadhan bukanlah terdiri dlm malam Lailatul Qadar di mana pd mlm 24 Ramadhan itu la sebenarnya Al-Quran diturunkan..Berdasarkan ayat 1 -5 Surah Al-Qadr:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! "(al-Qadar:1-5)
Dari sini dapatlah disimpulkan betapa rapatnya hubungan Malam Lailatul-Qadar dgn Al-Quran..Seumur hidup hampir 30thn ni aku sendiri tidak pasti adakah aku sudah mendapat merasai malam Lailatul-Qadar ini..mudah2an masih berpeluang untuk menemui malam Lailatul-Qadar ini..Amiin..
Nak cite sikit pasal fadhilat Al-Quran
Banyak sgt fadhilat Al-Quran ni..Seperti yang terdapat di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".
Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa:
"Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat" . "
Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga".
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang sangat rugi.
Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat..Mudah2an dibukakan pintu hati utk kite mendekati dan menjadikan amalan membaca Al-Quran ni seperti mana kite selalu n sukanya membaca newspaper, majalah, email n catatan bloggers2 yg lain..Amiin..