Sunday, September 20, 2009

Pagi Lebaran 2009...

0 comments

Terminal 1 Kota Kinabalu International Airport

Assalammualaikum wbt..skang tepat jam 0814..huhu di sini sudah selesai pun Solat Sunat Aidilfitri jam 0730..Alhamdulillah syukur kami sudah pun check in di KKIA jam 0620 td..Terima kasih pada ayah n ma mertua fiza sudi menghantar kami ke airport..Baru lepas breakfast di McD..huhuhu 1st time juadah pagi syawal tidak bertemakan juadah aidilfitri..sabar ya..x lama ja lagi insyaAllah dpt la kami merasa juadah istimewa..tp rasanya ok apa..ada la kelainan Syawal 2009 ni kan..tercatit memori baru lak..xde la rutin di pagi lebaran sama je tiap2 tahun..hahaha..nak sedapkan hati ni..mudah2an kami selamat sampai ke destinasi tercinta..berjumpa ayahanda bonda, sanak saudara tercinta..

Semalam check up di SMC..Syukur alhamdulillah semuanya baik2 aje..baby pun dah membesar dgn 1.1kg..emm Dr Helen tunjuk pundi berisi air kencing baby..meaning alhamdulillah buah pinggang baby ok..jantung pun ok..Tp kedudukan kepala baby di atas pula..Dr Helen jot down kat buku check up baby breech..Ya Allah mudah2an perlahan2 baby akan berpusing ke tempat sebaiknya,n semuanya sihat selamat ya sayang mama n ayah ni..mudaha2an juga Allah lindungi kesihatan baby sepanjang penerbangan ini..amiin..Dr Helen pun dah kuarkn surat condition kesihatan mama n baby menunjukkan selamat utk penerbangan ini..insyaAllah..

Kepada semua bloggers yg sedang menikmati juadah tu,bersederhanalah ya..hehehe bukan apa jealous ni..jumpa lagi di catatan seterusnye..

Tuesday, September 15, 2009

Ho ho Balik Kampung...Hati Girang..

3 comments


(Kad Raya Khas Buat semua Followers blog ku tersayang)

Assalammualaikum wbt..hehhe topik ni la paling bersemangat nak jot down...beg pakaian ku usah di kata la sejak 2 minggu lepas lagi sudah tersedia..tinggal nak zip je..hehehe..sampai suami tercinta ku berkata lama dah beg ni kat sini..bile nak berubah tempat..hahaha...

Huhuhu cite pasal balik kampung ni..kami sgt la jealous pd hampir majoriti cikgu semenanjung yg bertugas di Sabah ni..sbb dorg dah ada yg sampai KL td..kebanyakan bertolak blk semenanjung besok..memandangkan besok hari Rabu, cuti awam bagi Sabah, lalu kebanyakan sekolah sambung cuti sampai khamis n jumaat..maka apa lagi cikgu2 ni peluang keemasan la..balik la..wa..wa..masa last week mula2 dgr dorg ni blk awal, ok lagi..maintain relax je..tp bile dah tiba masa nya hua hua..rasa jealous juga n terfikir napa x beli tiket blk awal ya..xpe la..sumenye ada hikmah nya..sudah ditentukan Allah..hehehe nak sedapkan hati..

Apapun mudah2an dapatla kami balik beraya..mudah2an diizinkan Allah tuk naik flight ni..sebelum blk ni kena check up dulu dgn SMC Sabah..gynea akan scan tgk condition baby..harap sgt sumenye ok..jadi kalau ok leh la balik..amiin..tiket kami 20hb raya pertama sadis tak?flight kul 10 pg dr KK,sampai KLIA kul 12.25 tghari..1st time siot takbir pg raya tidak di samping family tercinta..huhuhu mujur la ada husband tercinta..so rasanya ok la kot..mana tahu ya dgr takbir mlm raya sedih lak meleleh ayaq mata..xpe la..bak kata org raya dimana2 sama ja..ya ke..hua hua hua...

Dan semestinya blk raya ke kampung sgt bermakna berbuat kami..sbb hehehe perut dah buncit..buncit ada baby tau..tu yg lg bersemangat nak blk..walaupun berdebar juga nak blk naik flight ni, tp hanya mampu panjatkan doa moga Allah lindungi n pelihara kesihatan diriku n kandungan sepanjang perjalanan balik ni..amiin..Buat Ma Abah, Ma n Abah mertua, Angah n Dayah, Ipar Duai ku..hehehe nantikan kepulangan kami ya..Jangan lupa amik kami di KLIA nanti k..Wassalam..

Balik Kampung - Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh
Hati girang
Ho..ho..Balik kampung..
Hati girang..
Terbayang wajah2 yang ku sayang
Satu2 tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Sunday, September 13, 2009

Tummy Mummy Box - It's FREE!!!

6 comments
Wah Raya x lama lagi..bestnye..tp sebelum cite pasal raya nak cite pasal kotak yg berisi free gift yang br saja dapat..Nak dapatnye kena la register di Baiboo.com..Web berkaitan pregnancy n parenting ni..x silap masa awal pregnant ari tu register..tp tummy mummy box ni baru dapat time kandungan masuk 6 bln..amik kat Guardian 1 Borneo, K.Kinabalu..kotaknye besar, tp huhuhu free gift nye agak kureng la..ingat ada la product2 baby yg best2 skit kan..mcm brgn johnson baby ke, CD Johnson Baby ada la..tp emm byk brg tuk mama la..n bukannye mama pakai pun..Dove Hairfall Condition, Loreal Creme..pastu Creme tuk rash baby n Nappi Kleen ni ok la leh pakai...n ada la brochure pasal fisher price n kehamilan ibu..xpe la dah nama free gift kan..so ikut suka la depa nak bg apa ya tak..ini la kotaknye n brg2 di dalam nye..








P/S : Apapun terima kasih la ya baiboo.com..

Friday, September 4, 2009

17 Ramadhan - Nuzul Al Quran

2 comments
Assalammualaikum wbt..Fuuh lama betul xde new entry kat blog ni..dah bersawang ya bak kata sesetengah bloggers..hehehe...

Memandangkan 17 Ramadhan akan tiba x lama lg..kdg2 kite ni mudah terlupa..jadi ada baiknya mengulangkaji balik mana2 yg terlupa tu..ish ish x sepatutnya kite terlupa sejarah penting buat umat Islam ni..17 Ramadhan tu di kebanyakan negara termasuk Malaysia yg tercinta diingati sbg peristiwa turunnya Al-Quran kepada Rasulullah SAW..Cuma ada pendapat kedua sebenarnya Al-Quran ni diturunkan pada 24 Ramadhan dimana ada hubung kaitnye dgn Lailatul Qadar..17 Ramdhan yg sebenarnya adalah peristiwa berlakunye Perang Badar berdasarkan ayat 41 Surah Al-Anfaal..Dimana ayat itu lebih mefokuskan Perang Badar bukannya Al-Quran..

Firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu:

"…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (Surah Al-Anfaal : 41)

Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran..Sudah menjadi kelaziman kita mengingati 17 Ramadhan sebagai Nuzul Quran, namun bg majoriti para mufassirin, pendapat kedua adalah lebih kuat..Ini kerana 17 Ramadhan bukanlah terdiri dlm malam Lailatul Qadar di mana pd mlm 24 Ramadhan itu la sebenarnya Al-Quran diturunkan..Berdasarkan ayat 1 -5 Surah Al-Qadr:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! "(al-Qadar:1-5)

Dari sini dapatlah disimpulkan betapa rapatnya hubungan Malam Lailatul-Qadar dgn Al-Quran..Seumur hidup hampir 30thn ni aku sendiri tidak pasti adakah aku sudah mendapat merasai malam Lailatul-Qadar ini..mudah2an masih berpeluang untuk menemui malam Lailatul-Qadar ini..Amiin..

Nak cite sikit pasal fadhilat Al-Quran
Banyak sgt fadhilat Al-Quran ni..Seperti yang terdapat di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa:

"Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat" . "

Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga".

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang sangat rugi.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat..Mudah2an dibukakan pintu hati utk kite mendekati dan menjadikan amalan membaca Al-Quran ni seperti mana kite selalu n sukanya membaca newspaper, majalah, email n catatan bloggers2 yg lain..Amiin..

Thursday, August 27, 2009

Juadah Berbuka 06 Ramadhan 1430H

3 comments
Assalammualaikum wbt..sudah pun masuk 06 Ramadhan..syukur setakat ni alhamdulillah posa..tp dah kantoi 2 hari..xpe la kan..yg penting ganti n byr fidyah..entry kali ni bukan apa..hehehe tgk mcm best je ramai bloggers share apa yg di masak..x nak missed juga la..juadah berbuka ari ni amatlah simple..bergoreng saja..hari ni nak rest skit..Rezeki murah plak ari ni dpt sup tulang..yummy. sedap...tuan umah beri..TQ makcik Hjh Ai Ling..tp sayang x sempat amik gambar..time dpt nak dekat buka, hahaha...lupa dah lahap dulu...yg best duk Sabah ni buka awai..kul 1827 kami dah buka..hampa semenanjung b'buka 1930 kami dah nak Isyak..tp sahur awai la..kul 0442 dah imsak..apa pun sila la hayati masakan ku yg teramat simple ni ya..



Udang & Sotong Goreng Tepung


Cucur Roti Bawang


Sup Sayur Sawi Pendek


Lompat Tikam (hehehe ni beli..)


hehee ok la kan..semlm menu SotoNasi Impit & Bergedil sayang lak x amik gmbr..sebelum tu buat Puding Sagu Santan..giliran moreh di surau..Lepas ni kalau rajin masak amik gmbr share la kat blog ni ya..tq sgt pd yg sudi menikmati juadah ni..huhuhu cik somi tercinta la..xpe ya abang hari ni lauk simple je..kenyang kan..

Saturday, August 22, 2009

....Hehehe Award , Wishes Card From Lovely Bloggers...

2 comments



Lovely Ramadhan Card from kak amy afy aqy..mmuuaahh..





Thank you http://pn-iena.blogspot.com for Lovely Ramadhan Card



..hehehe best 1st award received from http://amyafyaqy.blogspot.com.TQ So Much..



Wednesday, August 19, 2009

5 comments

...AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...


Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.

(Surah Al-Baqarah Ayat 183)


Assalammualaikum wbt..Emm Ramadhan dtg lagi..Mudah2an kite semua berkesempatan menemui Ramadhan 1430H ini..banyak sebenarnya kenangan di dalam bulan Ramadhan ini..kisah berterawih..kisah moreh..hehehe bab mkn suka..dan hehehee kisah curi2 minum air(semasa kecil ya br nak belajar puasa:"pengakuan terpendam pertama, minta maaf ma n abah, selama ni along dah berbohong..huhuhu.tp 2 kali tu je..anakmu ni nakal..buat anakku dlm perut, jgn ikut perangai mama ya sayang)..kisah ku menangis ketika bersahur akibat sakit gigi..kisah 1st day cuti posa akibat aku dah menjadi seorg perempuan matang... kisah bersahur & berbuka sorg2 suami tercinta jauh..emm macam2 la..

Dan kali ni ada memori baru..InsyaAllah kenangan berpuasa semasa mengandung kali pertama..wah best2..harap2 la sgt kuat semangat n bdn sihat tuk berpuasa..Menurut pakar trimester ke 2 selalunya tidak ada mengalami masalah untuk berpuasa..boleh bepuasa seperti biasa..mudah2an dapatla berpuasa penuh..tp tu la ..tahap kelaparan ku n kuat mkn ku makin bertambah..huhuhu..xpe yg penting masa sahur mkn berat2 skit..n mkn time2 nak dekat habis sahur ya..Gynea Dr Helen pun pesan time buka jgn la mkn yg manis2..makanan manis salah satu penyebab berat bdn bertambah..skang berat bdn ku 64kg..So far sepanjang mengandung ni naik 4 kg..harap2 berat badan naik normal la ya..

Sejak tgk Al Kuliyyah TV3 & Tanya Ustaz TV9 minggu lepas baru ku tahu tentang sebenarnya2 kaedah ganti puasa dan bayar fidyah bg ibu hamil dan yang menyusukan..Selama ni ingat leh main ganti n bayar fidyah saja mcm tu..Tp rupa2nya tgk pada keadaan utk siapa puasa kite tu dibatalkan..Nak kongsi sikit info tu..Bagi ibu hamil atau yg menyusukan bayi, jika puasa terpaksa dibatalkan atas sebab bimbang memudaratkan pd kesihatan si ibu, maka ibu tersebut wajib menggantikan puasanya SAHAJA pada tahun itu..Jika dia tidak habis menggantikan puasa pada tahun itu maka barulah ibu perlu membayar fidyah pada tahun berikut mengikut berapa hari si ibu tinggalkan..Tapi jika si ibu membatalkan puasa atas sebab takut memudaratkan ibu dan juga bayi nya maka si ibu wajib menggantikan puasa DAN membayar fidyah pada tahun itu juga..HARAP MAKLUM..

Semoga kedatangan Ramadhan 1430H ini membawa 1001 kerahmatan dan keberkatan buat kite semua..Kepada semua ahli keluarga tercinta, Abang sayang, ma abah & mertua, ipar duai, adik2 ku..,Selamat Perpuasa..Nantikan kepulangan kami 20hb Sept ni ya..x sabar lak..jangan mara ya..

Wassalam..

Friday, August 14, 2009

H1N1 Ancaman Kepada Ibu Hamil

4 comments









MINUM air dengan banyak mampu meningkat tahap kesihatan ibu mengandung.


KALI terakhir dunia diserang wabak pandemik influenza A ialah dalam tahun 1918. Wabak yang melanda selama lebih kurang dua tahun itu dikenali sebagai Spanish Flu telah menyebabkan kematian lebih 50 juta manusia di seluruh dunia.

Kini wabak daripada virus yang sama iaitu H1N1 daripada jenis influenza A kembali menjadi pandemik yang membimbangkan penduduk dunia.

Salah satu golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini ialah ibu mengandung.

Terdapat beberapa faktor mengapa ibu mengandung dikategorikan sebagai berisiko untuk terkena jangkitan virus H1N1.

Pakar perbidanan dan sakit puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, ketika mengandung lazimnya pernafasan wanita terbabit akan berubah berbanding wanita normal.

"Ketika mengandung, rahim akan mengembang dan meningkatkan tekanan pada bahagian usus sekali gus menyebabkan pengembangan diafram (bahagian antara paru-paru dan perut) terhad dan membuatkan nafas tersekat-sekat (pendek).

"Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika wanita hamil tersebut dijangkiti H1N1 yang lazimnya akan menyerang sistem pernafasan dengan memasuki bahagian kerongkong pesakit," jelasnya ketika ditemui di kliniknya yang terletak di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Selain itu, menurut Dr. Silvam sistem imuniti (kekebalan tubuh) bagi ibu mengandung juga rendah menyebabkan mereka mudah terdedah dan mendapat jangkitan penyakit termasuk H1N1.

Jadi walaupun seorang ibu mengandung itu berada dalam tahap kesihatan yang memuaskan mereka tetap berisiko untuk dijangkiti kuman kerana kuasa daya lawan penyakit kurang ketika mengandung.

Dr. Silvam berkata, apabila ibu mengandung berhadapan dengan masalah kesihatan, doktor yang merawat akan lebih berwaspada untuk memberi ubat-ubatan kerana takut mendatangkan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.

"Dalam tiga peringkat mengandung, pertama, kedua dan ketiga trimester, peringkat pertama dan ketiga perlu diberi perhatian. Peringkat ketiga mengandung lebih berisiko untuk mendapat jangkitan dan kesannya sehingga boleh menyebabkan kematian.

"Di Amerika Syarikat, setakat ini sudah lebih 300 kematian akibat H1N1 dan antara lima dan enam peratus mangsa adalah daripada kalangan ibu mengandung.

"Perlu diingatkan juga bahawa wabak ini masih belum menemui penawarnya justeru langkah pencegahan sebelum terkena amatlah penting," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, ibu mengandung dinasihatkan jangan pergi ke tempat yang menjadi tumpuan ramai orang kerana dikhuatiri akan mengalami jangkitan daripada orang yang tidak dikenali.

Sekiranya terdapat sedikit simptom seperti demam, selesema, sengal-sengal sendi dan sebagainya, sebaiknya mereka mengasingkan diri (kuarantin) di rumah dan pakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan daripada menjangkiti ahli keluarga lain.

"Kurangkan mencium anak-anak lain dan mesti buang topeng, tisu bekas hingus dan batuk ke tempat yang tertutup," jelasnya.

Rawatan

Dr. Silvam menerangkan apa yang penting ialah setiap ibu mengandung tidak perlu panik apabila muncul simptom sebaliknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan tentang sama ada mereka telah terkena jangkitan.

"Pengesahan boleh dilakukan melalui ujian dengan mengambil sampel air liur untuk dihantar ke makmal.

"Rawatan profilaksis atau cara untuk mengelak daripada terkena jangkitan dengan menggunakan antiviral juga boleh diberi kepada ibu mengandung.

"Virus ini masih tiada ubatnya dan apa yang perlu dibuat ialah menjaga kebersihan diri sebaik mungkin," katanya.

Selain itu, Dr. Silvam menambah, apa yang perlu ditekankan ialah pentingnya pemahaman tentang penyakit ini.

Apabila simptom Influenza A H1N1 ini terjadi kepada wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan secara simptomatik iaitu rawat satu persatu masalah mereka.

"Jika demam, maka doktor akan merawat demam hingga baik. Jika demam terlalu tinggi memang akan membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu akan dirawat dengan memberikan beberapa dos paracetamol.

"Begitu juga jika selesema dan batuk. Jika simptom terjadi pada trimester pertama kandungan, doktor akan lebih berhati-hati dalam memberi ubat kerana khuatir risiko ubat kepada bayi.

"Tetapi kalau selesema si ibu agak teruk maka mereka perlu dirawat dengan ubat yang diberi nama Tamiflu dan Revenza," jelasnya lagi.

Sewaktu kelahiran dan penyusuan bayi

Dr. Silvam berkata, jika simptom H1N1 terjadi kepada ibu yang hendak bersalin perkara paling tidak digalakkan oleh doktor ialah memberi ubat mempercepat kelahiran (induce). Ini kerana induce akan menyebabkan bayi mudah dijangkiti virus.

"Sebaiknya ibu perlu melahirkan bayi secara normal apabila tiba masanya. Ketika meneran untuk bersalin sudah tentu ibu yang mempunyai simptom tidak boleh memakai topeng (penutup hidung dan mulut), jadi orang di sekeliling mestilah mengambil langkah keselamatan dengan memakai topeng dan basuh tangan dengan bersih.

"Dalam tempoh 72 jam selepas ibu melahirkan dan menerima rawatan, ibu tersebut dianggap tidak menyebarkan virus tetapi langkah pencegahan kebersihan masih perlu diikuti dengan teliti. Sebagai contoh menutup mulut ketika batuk dan cuci tangan dengan kerap," jelasnya.

Dr. Silvam berkata, sebaiknya ibu yang baru melahirkan memberikan susu badan kepada bayi mereka dan jangan berhenti kerana susu ibu banyak antibodi yang membantu menguatkan ketahanan bayi daripada dijangkiti penyakit.

"Virus H1N1 tidak akan berjangkit menerusi susu ibu. Yang penting amal langkah berjaga-jaga, jangan terlalu dekat dengan orang lain dan jika ada sentuhan pastikan tangan dicuci dengan bersih," ujarnya.

Nota Kaki: Sumber Utusan Malaysia 13/08/09

Wednesday, August 12, 2009

Info H1N1..Prevention Better Than Cure..

3 comments


Assalammualaikum wbt..Disebabkan negara sekarang dilanda wabak ni dgn serius, jadi byk info cuba dicari berkaitan topik ini..Baru dapat info ni berkaitan pencegahan H1N1..emm maybe baik juga kita baca n ambil pedoman..Sebahagian catatan dari Dr Palani, thanks doc..


"The following should prove useful as well:

* Boys should avoid dry masturbation (Girls almost never do, and therefore, I have not mentioned). (Seual urnions are certainly harmless for both genders).

* Keeping awake late-nights is not very good. Likewise, over-working (far too much of working until your body is totally exhausted) is not good. Starving without eating food is not good for this disease. Strenuous exercises are not good, as it would make the body acidic.

* Avoid consuming ACID foods, fruits and drinks. Examples of this: buah kundang, rambai, macang, mango, duku langsat, rambutan (a few ok), mangosteen (very few, ok), durian (not too much), green belimbing used for cooking (sweet buah belimbing, ok), strongly sourish Durian Belanda (sour sop) (sweet sour-sop, ok), sour plums, Roselle drink, Assam Jawa drink (using Assam Jawa for cooking, ok), (oranges, pomelo and lemons are ok, since they contain plenty of potassium), sour pineapple (a little of sweet pineapple, ok), China-imported tit-bits that taste sour: e.g., sourkana, sour orange skin, sour lemon skin, sour ginger, sour-tasting Bayam (pulicha keerai, in Tamil), etc., Generally rice and rice-based foods are good. All those bottled drinks that may contain citric acid (or any other acid or preservatives) should be avoided. Foods cooked 2 or 3 days ago (i.e., old food), if not sterilised properly) should not be eaten as well. This is especially true if the curry contains dhor dhall, kacang hijau (green gram), kacang tanah (groundnut), etc. Must avoid eating chocolates, ALL forms of nuts including groundnuts, pistachio, almond, etc. should not be eaten in large quantities / frequently (A few added to foods can be eaten).

* Better to eat: dragon fruit, sweet apples, honey melon, water melon, pears, bananas, cucumber, onions, pumpkin, grey 'pumpkin' (Poosanikkai, in Tamil), loofa (Peerkangai in Tamil), Drinking coconut water (and its meat) on alternate days (during day time and not by night) is good. Coconut water can be taken daily if one is travelling around, or is enggaged in strenuous physical work.

* The fruits of Sea Coconut (Borassus flaberllifers) is EXCELLENT if a person has already contracted the disease. It will give immediate cure. Now, it is available in supermarkets in canned forms: they call it Sea Coconut, imported from Thailand or Singapore : white syrup or gula Melaka preparation: both are OK. (Uninfected people can also eat this for prevention: dosage: just 2 or 3 pieces only in the mornings on alternate days, until the hot season changes.

* If infected, one should bathe 3 or 4 times a day in cool tap water. (Hot water is bad).

* Once infected, the person should eat RICE and rice-based foods, and should avoid high protein diet, chicken, soybean (all kinds), oily foods, Wheat items are not good. Powdered milk, papaya and other acid fruits mentioned above should be avoided altogether.


IMPORTANT NOTE: All the above should NOT be continued forever. Do all the above only for a month or so, until the HOT season changes. After that, should eat ALL things in moderation."

With best wishes,

Dr. Palani.

Dr.V.M. Palaniappan, Ph.D.,
(Pioneering Founder of "Ecological Healing System"),
Chief Consultant
Neo Health Care
30-A, Jalan Ara SD 7/3-A,
Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur
Malaysia
H/P: (6) 012-207 14 14
Tel Resid: (6-03) 627 222 84
E-Mail: vmpalani@streamyx.com



P/S: Pencegahan adalah jalan yang terbaik, tp kita sebagai hamba Allah mampu berserah setelah usaha dan doa kita lakukan..Sama2 panjatkan doa moga kita semua dilindungi Allah dari jangkitan penyakit yang serius..

Friday, August 7, 2009

Virus Influenza H1N1 terhadap ibu mengandung..

6 comments
Assalammualaikum wbt..emm hari ni cite pasal topik ni la..Penularan wabak yg telah menyebabkn 14 kematian(setakat mlm td) di Malaysia..Semakin mencemaskan..Kini org yang berisiko tinggi digalakkan utk tidak keluar ke tempat awam..So maknanya tidaklah boleh berjln2, bershopping...Ada hikmahnya semua ini terjadi..Antara yg berisiko ialah wanita mengandung..Mengikut statistik luar negara, wanita mengandung yg dijangkiti influenza ini meningkat 4 kali ganda tinggi dr kes biasa..Uish..seram sejuk mendengar nya..Jadi langkah2 pencegahan dan kebersihan perlu diambil berat..Contohnya elakkan terdedah di tempat awam, jika terpaksa juga keluar ke tempat awam amalkan memakai "face mask", selalu mecuci tangan dengan cara yg betul 15-20 saat dan elakkan contact dgn org yg kita tahu dijangkiti virus ini..

Itu antara langkah2 awam yg perlu dilakukan..Adalah juga sebaiknya kita selaku umat Islam mengamalkan langkah pencegahan mengikut kaedah Islam..BERDOALAH..Berdoa merupakan senjata umat Islam..Panjatkan doa minta dilindungi drp Allah SWT..Baik juga kalau kite amalkan minum air zamzam ataupun air yang dibaca Surah Yassin dan Doa Syifa sebagai langkah tambahan utk mencegahnya..Imam2 masjid juga pastinya sudah ada perancangan apa yang perlu dilakukan..Tambahan hari ini hari Jumaat hari yang mulia, eloklah jika membaca doa Qunut Nazilah sewaktu solat berjemaah dan berdoa semasa khutbah dibacakan minta dijauhi penularan wabak ini makin meningkat..Apapun setiap yang berlaku sudah menjadi ketentuan Allah..Hanya kepada-Nya kita bergantung dan berserah..


Berikut ada lah kenyataan rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican semalam :-

Penularan virus Influenza A(H1N1) didalam komuniti telah semakin meluas. Ia ditunjukkan oleh kehadiran ramai pesakit ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan demam dan batuk. Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil tindakan2 berikut:

1. Mereka yang berisiko tinggi (ibu mengandung, obes, asma, diabetes, imuniti rendah, sakit jantung) dan sedang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit dengan jangkitan virus Influenza A (H1N1) jika sekiranya rawatan dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas bermula gejala.Rawatan tidak memerlukan ujian pengesahan makmal dan bagi klinik kerajaan rawatan adalah percuma.

Selepas mendapat rawatan, pesakit adalah perlu berada di rumah dan mengurangkan pergaulan dengan orang awam termasuk ahli keluarga serta sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan etika batuk yang baik.Amalan ini dapat mengurangkan perebakan virus kepada orang lain.

Saya ingin sekali lagi menegaskan di sini bahawa :

Semua pesakit yang tergolong dalam kategori berisiko seperti ibu mengandung, obes, asma, diabetes, imuniti rendah, sakit jantung adalah diminta mendapat pemeriksaan SEGERA di hospital.


"BERSAMA2 KITA BERUSAHA MENCEGAHNYA, BERDOA PADA-NYA, KEMUDIAN BERSERAH DAN BERTAWAKAL PADA ALLAH.."


Tuesday, August 4, 2009

Gara2 Contest Ibu Hamil..Hehehe..

5 comments
Assalammualaikum wbt..Wah terasa lama betul tidak update blog ni..Kekangan idea n masa..hahaha..tp ni nak story pasal Contest Ibu Hamil 2009 Kelolaan Ratuhati.com..Best tau hadiahnye..jadi itu sebab la sibuk nak amik gambar ni..walaupun tahu contest ni makin penghujung due date nye tp tetap nak masuk..Tambahan pula disebabkn permintaan kawan2 yg nak tgk gmbr terbaru ku yg bertambah size perutnye hahahaa..maka inilah yg terhasil..minta maaf ya tidak seberapa gambarnye..Kredit to husband tercinta sudi nak nyusahkn diri amik gmbr ku..mmmuuaahh..Kawan2 hayati la..oh ya jgn lupa kepada yg sudi VOTE ME K !!!












Monday, July 27, 2009

Our Baby's First Kick...

13 comments
Assalammualaikum wbt..emm hehe suka la baca info bab ni..tertanya2 juga bile la nak merasa..hehehe Alhamdulillah akhirnya pd mlm 22th July dlm kul 2030 - 2100 mcm tu..terkejut di buatnya..masa tu mcm x caya juga..betul ke itu our baby's first kick..then selang brp lama terasa lg..emm syukur sgt n happy je rasa..tp sayang ayah xde masa tu..ayah di Kudat..hehehe tp ayah dah rasa juga..kelakar pun ada..mlm 25th July around 2015-2030 time tu ayah tgh dgr baby kat perut mama, tekap telinga tiba2 baby tendang kuat juga la..hahaha masa tu ayah terkejut n kelakar gak la muka ayah..mama pun terkejut sama sbb mcm kuat plak kali ni..hehehhe..baby sapa ayah ya..best moment tu bile ingat blk..bila mama ingat blk pasti mama tersenyum sorg2 teringatkn ayah hahahaha..n last Saturday mama perasan bile mama n ayah tgh tgk cite Mari Mengaji TV9 baby mcm makin kerap tendang..hehehe ayah kata "baby besar nanti nak jd ustaz ya..kawan ayah ramai ustaz.."mama nak anak mama jd thafiz AlQuran..Amiin..mudah2an..tp x kisahlah yg penting mudah2an anak mama ayah ni suka dgr zikrullah n ayat suci AlQuran nanti ya..

Sedikit info berkaitan topik ni..mama petik dr BabyCenter.com

Fetal movement: Feeling your baby kick

When should I start to feel my baby move?

You probably won't feel your baby kick until sometime between 16 and 22 weeks, even though he started moving at 7 or 8 weeks and you may have already witnessed his acrobatics if you've had an ultrasound.


Veteran moms tend to notice those first subtle kicks — also known as "quickening" — earlier than first-time moms. (A woman who's been pregnant before can more easily distinguish her baby's kick from other belly rumblings, such as gas.)

Your build may also have something to do with when you'll be able to tell a left jab from a hunger pang. Thinner women tend to feel movement earlier and more often than women who carry more weight.

What does it feel like?

Women have described the sensation as being like popcorn popping, a goldfish swimming around, or butterflies fluttering. You'll probably chalk up those first gentle taps or swishes in your belly to gas or hunger pains, but once you start feeling them more regularly, you'll recognize the difference. You're more likely to feel these early movements when you're sitting or lying quietly.

How often should I feel movements?

At first the kicks you notice will be few and far between. In fact, you may feel several movements one day and then none the next. Although your baby is moving and kicking regularly, many of his jerks and jolts aren't yet strong enough for you to feel. But later in the second trimester, those reassuring kicks will become stronger and more regular.

If you're tempted to compare notes with other pregnant women, don't worry if your experience differs from that of your friends. Every baby has his own pattern of activity, and there's no correct one. As long as your baby's usual activity level doesn't change too much, chances are he's doing just fine.

P/S: Roger Federer & Mirka proud to be mom n daddy for twin daughters..bestnye..another women tennis player coming soon..

Thursday, July 23, 2009

Strawberry Trifle by Fazlinil Irma..

8 comments





Assalammualaikum wbt...hehehe mcm mana dgn dessert di atas..cantikkan..nampak sedapkan..yummy yummy..thanks a lot to Fazlinil Irma yg sudi izinkn mama letak gmbr menu buatan member mama di blog ni..bukan apa berkenan sgt tgk gmbr menu ni..n x lama lg mama nak try buat plak..walaupun nama kami sama tp mama x pandai buat dessert mcm Irma sorg ni buat..hehehe pd sapa yg nak dptkn resipi sila singgah ke blog empunya menu dan resipi.. Strawberry Trifle-Southampton ..thanks Irma..(hehehe mcm ckp pd diri sendiri lak yek..)

AYAH.., MAMA RINDULAH...---<--<@
Emm ayah xde boring la..hari x seceria mcm selalu..hehehehe..mlm td ramai juga yg perihatin pd mama..bertanyakn keadaan mama ok ke tinggal sorg2..masing2 ajak stay tido di umah mereka..minta maaf ya Kak Ta & Ustaz, makcik AiLin dan Ida..bukan nye x sudi tp xpe la..rasanya ok tinggal sorg2 walaupun huhuhu meleleh gak air mata tgk xde ayah tido disebelah..hahaha..selalu bile ada sebelah gaduh je ya ayah..hehehe..bukan gaduh..gurau usik2 manja..terima kasih pd yg sudi perihatin..Alhamdulillah tido lena juga walaupun mimpi yg dahsyat..hahaha mama mimpi ayah jd mcm gangster or ejen apa2 ke..ish ish..ni mesti pengaruh tv..xpe la semoga ayah selamat di Kudat nun..bile la agaknya ayah dpt blk..br sehari pegi dah tanya bile blk ya..sorry ayah..boring la hidup xde ayah di sisi..kui kui kui...cepat2 blk ya ayah..

Wednesday, July 22, 2009

Ayah..Selamat Berjuang ya!! Rindu la..

4 comments
Assalammualaikum wbt..Emm hari ni mama n ayah bgn solat awal..kul 0450 dah solat..lepas solat mama siapkn bekalan tuk ayah..huhuhu ayah nak ke kudat..ayah berjuang tuk sukan PSKPP ..pg2 ni mama dah syahdu la sayang..ayah ke Kudat 3 hari..tinggalla kite berdua je..pg td jam 0545 ayah dah g..mama pun lepas tu huhuhu sedih la..emm mama teringat masa dulu berjauhan dgn ayah..lama juga setahun setengah..tp masa tu xpe lg..kalau boring sunyi mama ulang alik g keje shah alam proton dr banting..kalau penat br la blk je umah kat subang mahsing tu..xpun adik2 leh temankn..so xde la terasa sgt..mcm sini sapa nak teman..huhuhu..siang ni ok lg..kalau mlm mula lah..aduhai kecut perut ni..since dtg sabah x penah berenggang dgn ayah..tu yg sob sob syahdu..xpe la..kuatkn semangat..bukan nye lama kan..sekejap je..pejam celik pejam celik dah tiba kepulangan ayah..rasanye pejam celik pejam celik lg takut..tanda susah nak tido tu..terkebil2..tp kalau pejam terus lak..hehehe mcm mana..Ya Allah..ampunkanlah dosa2ku..berkatilah umur ku..ishh takut juga kan..so biarlah terkebil2 tu dulu..hehehe..ayah br je sms..apa lg mengalir la lg air mata ni..tp sat je..SELAMAT BERJUANG ya ayah..

Ohh lupa lak nak cite pasal check up SMC dgn Dr Helen Sabtu lepas..Alhamdulillah sumenye ok..emm through scan Dr Helen kata sayang boy..ish ish..bestnye..mama n ayah nak tgk blk ur bird tu, tp dah x mo tunjuk dah..malu ya..hehehe..apapun kami redha je..masih terlalu awal untuk mengesahkannya..sbb ramai gak member mama kata sometime leh berubah..so x kisahla boy ke girl..as long u r healthy,then make me n ayah happy kan..

Semalam mama dpt gud news dr kawan mama, auntie Haida..selamat melahirkn baby boy yg ke3 nya..sume heroes..Haida..Selamat Berpantang ya..Doakan aku ni moga selamat juga semuanya..

ohohoho ada cite best..akhirnya Mango Tango dah pun mama rasa..ngam je turun lepas check up pass by Cafe SMC ayah nampak dlm peti Walls tu..apa lg x tunggu memang mama amik n ayah byr..hehehe..rezeki mama la tu..masuk je kete terus buka bungkusan n mkn..emm yummy sedapnye..terasa nikmatnya makanan dunia..hahahaha..

Monday, July 20, 2009

Israk & Mikraj 27 Rejab

0 comments
Salam sayang..Bulan Rejab kini sudah sampai ke penghujungnya..Terasa semakin dekat dtgnya bulan rezeki, barakah dan rahmat-Nya iaitu Ramadhan..Sayang, disebalik bulan Rejab ini terdapat satu peristiwa istimewa bg umat Rasulullah untuk dijadikan iktibar dan bermuhasabah diri..Israk dan Mikraj..Kebetulan ianya pd hari ini 27 Rejab..Ternyata peristiwa ini sangatlah luar biasa yang di alami oleh Rasulullah kita..Mana mungkin dalam pemikiran manusia dpt membuat perjalanan dari Masjidil Haram Makkah ke Masjidil Aqso kemudian ke Sidratulmuntaha iaitu langit ketujuh kemudian kembali semula ke Makkah dlm hanya SATU MALAM YANG SAMA..SubhanaAllah!! Allahu Akbar!! Namun kita sebagai umat Islam wajib percaya bahawa Israk Mikraj yg ditempuh Rasulullah adalah benar2 belaka..Tidak perlu kita persoalkan..Itu semua dgn kekuasaan Allah dan kebesaran Allah..Tidak ada yang mustahil bagi Allah..

Salah satu perkara penting yang dirundingkan dlm peristiwa ini berkaitan perintah Solat..emm mama nak selitkan sikit ya..Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat 50 waktu sehari semalam.. Ketika bertemu Nabi Musa di langit keenam, Rasulullah menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah.. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu..(emm memang pun!!) Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam..Bayangkan ternyata sayang nya Rasulullah pd umatnya..Namun kite ni masih lg seakan berat atau tangguh2 nak laksanakannya..Padahal solat la amalan yang paling awal akan dihiasab di padang Mahsyar nanti..Aduh peringatan buat mama sendiri..Istighfar byk2..Mudah2an Allah kurniakan cahaya Hidayah pd mama, ayah dan setiap hamba-Nya..

Mama akhiri coretan ini dengan 1 doa yg sememangnya baik di amalkn dan menjadi antara satu doa amalan semasa mengandung..

"Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan Kami, perkenanlah doa kami. Ya allah Ya Tuhanku, ampunkan lah aku dan kedua ibu bapaku dan sekelian org2 mukmin pada hari hisab nanti"
(Surah Ibrahim 40 -41)

Wednesday, July 15, 2009

Buku & Michael Owen oh Michael Owen !!!

0 comments
Alhamdulillah pg ni bersemangat dr sebelum nya..syukurla..Setelah sekian lama, akhirnya pesanan buku melalui Bookcafe Interactive Online PTS sudah pun diperolehi ptg smlm..Itu pun setelah mengutarakan hal ni ke Pos Besar n pihak Bookcafe PTS sendiri..maklumlah dah hampir sebulan order masih x dpt lg..Tghari yg indah semalam, mama dihubungi oleh pejabat pos Kota Belud untuk mengambilnya..Hehehe spt biasa ayah yg baik hati pergi mengambilnya bagi pihak mama..Seronok nye dpt buku tu mcm kanak2 dpt gula2..N smlm order lg satu buku yg sebelum ni selalu kehabisan stok..Salahudin Penakluk Juresalem..tiba2 nak jd rezeki mama buku tu ada 5 stok..apa lg minta izin ayah untuk membelinye..hehehe "Ayah nanti mama dah ada duit, mama bayar blk ya...jgn mara ya..TQVM..mmmmuuaahh..."


Mcm x bestla Michael Owen confirm skang bwh pengurusan Ferguson..Mama suka Owen dr dulu lg tmbh time dia main dgn fav kelab mama & ayah LIVERPOOL..tp sejak asyik cedera ni prestasi dia x brp la..Sejak Owen main dgn Real Madrid, pastu New Castle dah mcm suam2 kuku je cite pasal dia..Ni dah masuk MU lak..kelab yg mama & ayah X SUKA plak tu..tanya ayah napa x main Liverpool..hehehe ayah ckp Liverpool dah x nak dia lg..huhuhu sedihnya..tp skang jersi 7 United..leh thn juga..jersi istimewa bg United, bekas Christiano Ronaldo, Bekham n Eric Cantonna(betulkn saya kalu saya silap)..Weekend ni nak dtg sini aksi pertama dia bersama MU..uish best ni kalau dpt tgk Owen di KL..tp apakan daya ku..jauh nye KL ni skang..dulu dekat je..tp skang seberang Laut China Selatan..Xpe lah tgk di TV je la..itu pun kalau ada dia main..apa pun Owen, Good Luck in United..hehehe mama tahu bukannye dia heran wish ni.. Mama selitkn secebis masa zaman kegemilangan nya..Owen's hat trick lwn Germany year 2001 with 5-1 victory..







Tuesday, July 14, 2009

0 comments


(English Version)
Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday To You Hjh Rokiah..
Happy Birthday To You..

(Versi Bahasa Melayu)
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi Hjh Rokiah..
Selamat Hari Jadi..

(Huayu Version, tp kalau salah minta ampun ya)
Chuni Shengri Kuaile
Chuni Shengri Kuaile
Chuni Shengri Kuaile Hjh Rokiah..
Chuni Shengri Kuaile...


Dedicated birthday wishes to Hajjah Rokiah..Walaupun semalam, tp masih belum terlambat kan..Semoga di murahkan rezeki dan dilindungi Allah selalu..Mudah2an kite sume berkesempatan mengecapi nikmat Allah lagi bersama2..Kami Abah, Along & Rizal, Angah n Dayah selamanya menyayangi ma...mmuuaah...


Monday, July 13, 2009

Fuuhh lega..Akhirnya..

7 comments
Alhamdulillah..akhirnya ada juga yg nak dicoretkan walaupun x seberapa..Emm memang kekeringan idea..ingat tak sayang azam mama nak masak start minggu ni..hehehe..belum lg tercapai..masih beli di luar..bukan apa penat blk check up dr klinik ibu ngandung..hari ni mama g sendiri..dah boleh mula drive..syukurla..td check up biasa2 je..tp kan, haemoglobin mama turun lak..ari tu bukan main pandai nasihat member mama si arip..last2 mama pun sama..11.8 sayang..emm memang masih ok lg..tp x nak la makin menurun kan..apa pun fuuh lega dah selesai check up kali ni..SMC check up plak sabtu ni..pun debar juga..mudah2an sume ok..amiin..

Ok stop talking about that..skang mama dah create new activity..emm online business..dan akhirnya hehehe mama br je published blog tu sayang..fuuh lega lg..try la buat bisnes ni..apa pun pd sapa yg sudi jenguk n baca blog ni leh la berkunjung ke blog bisnes lak ya..jgn risau nanti saya link kan..oklah rasanya ini dulu bicara mama k..tp sebelum tu mama teringat pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya..

"Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluan mu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekal akhirat mu. Tetapi jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban kepada org lain. Namun jangan pula engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka..Janganlah engkau berteman dengan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakan mu." Pedoman buat mama n semua hamba-Nya..

P/S : Jom singgah ke PEARL & CRYSTAL JEWELLERIES

Wednesday, July 8, 2009

Pagi Yang Hening Dengan Azam Baru..Hehehehe

0 comments
Salam sayang..Lama juga mama x update blog ni..Mama kesibukan mencari idea hehehe kononla..Alhamdulillah beberapa hari ni mama rasa sihat sejahtera..Mood nak masak pun makin ada..So mama decide next week nak mula masak la..Tapi masak pun yg simple2 je la..Emm tp kalau ayah ada br mama nak masak yg special sikit..sbb ayah leh tolong mama..hehehe mcm buat nasi beriani ke, rojak ke..yummy yummy..sedapnya sayang..Sian ayah..mkn lauk kedai je 4 bln ni...Ayah pernah cakap pd mama dia rindukn masakan mama, nasi lemak, nasi beriani, rojak mama..hehehe sedapla kot masakan mama ni agaknya kan..Sebut je pasal ayah, Alhamdulillah ayah dah pun sampai sekolah dia..Ayah missed call mama jap ni td..Xpe la..mama cuba nanti btahu ayah mama nak mula masak la..So kalau ayah on,mama order je kat ayah nak beli lauk apa..hehehe..Mama ni tahu order je kan..InsyaAllah mudah2an hasrat mama nak masak semula tercapai..

Sayang, skang ni satu dunia terkesan dgn perihal "tragic death of King Pop Michael Jackson." Fyi dia ni salah seorang penyanyi terkenal di dunia..Emm mama tidaklah meminati dia..Cuma ada beberapa lagu dia yg mama suka especially bila menyentuh hal kemanusiaan dan bab alam sekitar, muka bumi..Honestly lirik2 lagu2 dia memang banyak yang boleh dijadikan teladan..Pagi td kul 0550 mama n ayah sempatla melihat di E! channel "repeated remembering michael jackson at staples centre los angeles"..Akhirnya mama dapat juga mendengar fav song mama Heal The World..Setelah menanti semenjak kematiannya 25 June, bila la rancangan2 TV ni nak perdengarkan mama lagu ni..At last mama dpt dengar..Puas sayang..Emm mama attached part lyric lagu ni yg mama suka as below:

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Then It Feels That Always
Love's Enough For
Us Growing
So Make A Better World
Make A Better World...


Emm sayang..tp bukanlah itu yang sepatutnya kite kisahkan sangat..Itu janji Allah, setiap yang bernyawa pasti kan kembali kepada-Nya.Kite yang masih hidup ni mesti teruskan hidup dengan semangat dan keazaman yang kuat..Fuiyoo mama biar betul ni..hehehe..Sebenarnya ada perkara yang lagi penting mama nak ceritakan..Mama sedih atas apa yg berlaku sekarang ini..Ramai umat Islam sekarang ditindas oleh pihak yg tidak sepatutnya..Mama mlm td menonton rusuhan yg berlaku di Xinjiang China..Kesian sayang..Puak minoriti Islam Uighir di sana ditangkap sewenang2nya..Apalah salah mereka yang cuba mempertahankan hak mereka..Sedih mama lihat..Belum lagi cerita di Selatan Thailand..Orang Islam di sana dibunuh sesuka hati..Dan yang paling mama tidak boleh terima, 10 orang termasuk imam dibunuh ketika mendirikan solat di Masjid Al-Qulkon..Itu cara serangan yang dayus sayang..Apa lagi perkataan yg sesuai untuk serangan itu melainkan KEJAM & DAYUS..hanya Allah sahaja yang mengetahui apa hikmahnya di sebalik kejadian itu sayang..Betul kata ayah..Umat Islam sekarang tidak mahu bersatu..Mama pernah terbaca, Rasulullah juga pernah berkata umatku akhir zaman terlalu ramai tetapi tidak mahu bersatu (betulkn saya jika saya silap)Entahla sayang mama pun tak tahu sejak ngandung kan sayang hati mama tersentuh sangat dalam nak perjuangkan Islam..Mama suka sangat nak baca kisah2 pahlawan Islam, spt Saidina Umar, Saidina Hamzah..dan sekarang mama masih menantikan pesanan buku yg mama beli bertajuk Umar Al-Khatab - Reformis Dunia Islam keluaran PTS..Satu buku lg mama masih mencari Salahuddin Penakluk Jerusalem..Mudah2an apabila sayang lahir nanti sayang akan menjadi salah seorang yang nak meneruskan perjuangan tokoh2 Islam terdahulu dlm memperjuangkan Islam..Amiin...Besar ke hasrat mama ni sayang..Kita cuba sama2 lakukan apa yang termampu ya sayang..

Wah panjang pula celoteh mama kali ni..hehehe..akhir kata dari mama,

"Ya Allah Ya Tuhanku, hambamu yg lemah ini memohon untuk kau melindungi umat Islam yang tertindas, moga dihentikanlah penganiayaan yang berlaku..dan titipkanlah semangat dan hati yang nekad kepada semua umat Islam untuk sentiasa bertuhankan mu Ya Allah, mengingati mu Ya Allah dalam menegakkan kebenaran Islam..Amiin"

Wassalam..

P/S: Nak selit sikit..mama masih belum lg dpt menikmati Mango Tango..huhuhuhu..

Friday, July 3, 2009

Good Luck, Ayah...

0 comments
Salam sayang..Mama keseorangan di bilik 103 One Hotel ni..Ayah sudah pun bergerak ke destinasinya Kompleks Kerajaan Persekutuan K.Kinabalu..Temuduga untuk sahkan jawatan ayah..hehehe bukan apa untuk kemudahan kita berdua sayang..Jadi bile ayah berjaya, insyaAllah ayah dapat sediakan GL tuk kite berdua..Insyaallah ada rezeki nanti, mama dapat lahirkan sayang tanpa dikenakan bayaran..Amiin..Sian ayah sayang..Bangun 0430 study..Mama lena je tido..X teman ayah pun..Tapi mama temankan ayah bersiap..Mama cakap kat ayah, "Handsomenye..ni nak g interview ke nak g nikah.."Suka ayah bile mama ckp macam tu sayang..hehehe ayah cakap"Jangan sayang, abg g nikah kang!"Mama pun,"Amboi ada hati ya ayah.."hehehe Senda pagi tuk mengurangkan nervous ayah..

Ayah gugup tu sayang..Xpe ayah..Jangan risau..Ingat pesan mama..Banyakkan berselawat n baca doa mudah urusan tu..Mudaha2an ayah berjaya kan sayang..Sama2 kite dokan ya sayang..Uitt..ayah missed call sayang..Alhamdulillah tandanya ayah dah sampai ke tempat tujuan..Syukur sampai awal..0715 ayah sampai..Sessi bermula 0800..Sekian dulu..Buat ayah,

"Good Luck ayah..Tenangkan hati ya..Byk selawat ke atas Rasulullah SAW n bc doa "Rabbi Yassir Wala Tu'asiir, Rabbi Atmim Bilkhair"..Kami sentiasa disisi ayah menyokong ayah..mmmuuuaahh.."