Monday, July 20, 2009

Israk & Mikraj 27 Rejab


Salam sayang..Bulan Rejab kini sudah sampai ke penghujungnya..Terasa semakin dekat dtgnya bulan rezeki, barakah dan rahmat-Nya iaitu Ramadhan..Sayang, disebalik bulan Rejab ini terdapat satu peristiwa istimewa bg umat Rasulullah untuk dijadikan iktibar dan bermuhasabah diri..Israk dan Mikraj..Kebetulan ianya pd hari ini 27 Rejab..Ternyata peristiwa ini sangatlah luar biasa yang di alami oleh Rasulullah kita..Mana mungkin dalam pemikiran manusia dpt membuat perjalanan dari Masjidil Haram Makkah ke Masjidil Aqso kemudian ke Sidratulmuntaha iaitu langit ketujuh kemudian kembali semula ke Makkah dlm hanya SATU MALAM YANG SAMA..SubhanaAllah!! Allahu Akbar!! Namun kita sebagai umat Islam wajib percaya bahawa Israk Mikraj yg ditempuh Rasulullah adalah benar2 belaka..Tidak perlu kita persoalkan..Itu semua dgn kekuasaan Allah dan kebesaran Allah..Tidak ada yang mustahil bagi Allah..

Salah satu perkara penting yang dirundingkan dlm peristiwa ini berkaitan perintah Solat..emm mama nak selitkan sikit ya..Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat 50 waktu sehari semalam.. Ketika bertemu Nabi Musa di langit keenam, Rasulullah menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah.. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu..(emm memang pun!!) Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam..Bayangkan ternyata sayang nya Rasulullah pd umatnya..Namun kite ni masih lg seakan berat atau tangguh2 nak laksanakannya..Padahal solat la amalan yang paling awal akan dihiasab di padang Mahsyar nanti..Aduh peringatan buat mama sendiri..Istighfar byk2..Mudah2an Allah kurniakan cahaya Hidayah pd mama, ayah dan setiap hamba-Nya..

Mama akhiri coretan ini dengan 1 doa yg sememangnya baik di amalkn dan menjadi antara satu doa amalan semasa mengandung..

"Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan Kami, perkenanlah doa kami. Ya allah Ya Tuhanku, ampunkan lah aku dan kedua ibu bapaku dan sekelian org2 mukmin pada hari hisab nanti"
(Surah Ibrahim 40 -41)

0 comments: