Tuesday, September 27, 2011
Bile Umar Berbaju Melayu..
Wednesday, April 27, 2011
Carta Perkembangan Bayi
Setiap ibubapa pasti teruja apabila melihat anak mereka tersenyum buat kali pertama, mula menggenggam, meniarap,berjalan dan yang paling mengharukan adalah apabila anak mereka mula memanggil "ibu" dan "ayah". Setiap bayi adalah berbeza maka kadar tumbesaran mereka juga adalah berbeza bagi setiap individu. Oleh sebab itu carta peringkat perkembangan dibina sebagai panduan kepada ibubapa yang peka terhadap perkembangan anak mereka. Carta ini boleh dijadikan panduan untuk memerhatikan perkembangan bayi tetepi harus diingat bahawa carta ini dibina berdasarkan pencapaian kebanyakan bayi; bayi yang normal mungkin mengambil masa yang sedikit lewat berbanding yang dinyatakan. Carta ini adalah sebagai panduan dan bukannya sumber yang mendatangkan kebimbangan.
Carta peringkat perkembangan bayi
Umur | Peringkat perkembangan |
1 bulan |
|
2 bulan |
|
3 bulan |
|
4 bulan |
|
5 bulan |
|
6 bulan |
|
7 bulan |
|
8 bulan |
|
9 bulan |
|
10 bulan |
|
11 bulan |
|
| 12 bulan |
|
| 13 bulan |
|
| 14 bulan |
|
| 15 bulan |
|
| 16 bulan |
|
| 17 bulan |
|
| 18 bulan |
|
| 19 bulan |
|
| 20 bulan |
|
| 21 bulan |
|
| 22 bulan |
|
| 23 bulan |
|
| 24 bulan |
|
Saturday, December 18, 2010
Setahun dah..
Thursday, October 21, 2010
Favourite TV Show Umar
Thursday, July 1, 2010
Apa?? Umar Jatuh Katil???
Cukuplah sekali..Nyesal x sudah..Trauma di buatnya setiap kali dengar bunyi berdentum walhal mama tahu Umar bukan di katil..Maafkn mama sayang..24 Jam mama n ayah monitor Umar..jika terdapat bengkak di kepala atau Umar muntah..Syukur Alhamdulillah..Umar aktif mcm biasa malah makin lasak..Opah kata nak tambah nakal la tu..
Selama ini mama hanya mendengar kemalangan bayi dan kanak2 byk berlaku di rumah..hahaha mama sendiri yg cipta kemalangan itu atas sebab kecuaian mama..Moga menjadi panduan buat diri Mama selepas ini..
Saturday, May 15, 2010
Safety Toys for Children..
Sebab kebanyakan kemalangan yang berlaku pada kanak2 banyak berlaku dirumah..Antaranya kerana kecuaian kite sebagai ibu bapa. Kebanyakan kes kecederaan dan kematian ini berlaku kerana standard keselamatan alat permainan kanakkanak tidak dipatuhi. Ibubapa pula terlalu ghairah untuk memuaskan kehendak anak-anak mereka dan tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan terhadap alat-alat permainan tersebut.
Bulan lepas kami baru beli 1 permainan buat Umar..memang fun dan Umar pun suka..tp motor yg menggerakkan permainan itu agak merisaukan, kerana ianya terlalu berat takut2 tempat berpaut nya tak dapat menampung berat motor tu..kerana misalnya jika kejadian x diingini itu berlaku, dia pasti akan mencederakan bahagian kepala..nauzubillah..jadi tanpa membuang masa, kami memulangkan permainan tersebut atas alasan tidak safety pd bayi kami..Syukur toys store tu menerima dan memulangkan duit kami..Emm agak mahal la juga permainan tu n dr jenama agak terkenal juga..emm ala yg apa fish fisher tu..hehehehe..memang tahu dorg tidak akan memasarkan mainan yg boleh membahayakan kanak2 kerana mereka telah melakukan penyelidikan terlebih dahulu..tp perasaan bimbang kami sbg mama ayahnya membuat kami melakukan keputusan begitu..
So inilah mainan yg disebutkan di atas..Bayangkan motor yg berwarna bergerak tu sangat berat bg bayi berumur 4 bln ini..Especially bile Umar ligat menendang, bergerak jugalah kaki motor yg merah tu..
Mujur Umar belum pandai merajuk mainan dia dah di pulangkan..Umar kini sudah pun ada mainan baru nya..(psst..tp dr brand yg sama..hehehe) Syukur berbaloi di beli memandangkan Umar juga suka dgn mainan baru ni..
Lihatlah mainan baru Umar..seronok lihat bila kaki tangan dia ligat nak menyentuh toys yg gantung2 tu bila sampai masa main dia..
Maka, sebagai pengguna permainan yang berhemat, kita harus menyedari tentang bahaya yang terdapat pada sesetengah alat permainan kanakkanak serta mengawasi alat permainan yang diberikan kepada anak-anak kita. Malangnya di Malaysia tidak terdapat sebarang peraturan yang mengawal ciri-ciri keselamatan pada alat permainan dan peralatan kanak-kanak. Oleh itu, perlindungan kendiri adalah perlindungan terbaik.Sebagai parents kite mampu berusaha mengelak dan menjaga keselamatan anak2 kite, tp jika kecelakaan tetap berlaku, ingat la ia kerana Yang Maha Esa,yg mahu menduga kesabaran hambanya...
Tuesday, April 20, 2010
Our Joy Turn to 4th Months
Buat ayah, "Thanks a lot for everything..for ur sacrifice, patience, tolerant..We appreciate that.."
Buat Umar ku sayang, "Membesarlah sayang menjadi anak yg memakmurkan dan baik seperti mana maksud namamu Umar Waldan..Mama Ayah amat menyayangimu.."
Wednesday, March 24, 2010
The Precious Moment
14hb Dec 2009
Since EDD dah sampai tp belum ada tanda nak bersalin, kemungkinan aku akan di induce..Jam 1000 sampai ke Hospital Bersalin Razif utk check up..Sekali Dr Aziah check pintu rahim, terkejut juga rupanya sudah buka 2cm..Aku di tahan wad..br planning lepas check up nak g jln2 window shopping ke..emm xpe la tp syukur juga..at least tahu la dah nak bersalin, wpun x tahu bile masanya akan tiba..Jadi x perlu la induce..(pstt..org kata sakit ya induce ni..?)Pastu naik atas wad check CTG baby dulu..emm ok normal..Pastu br diberi salinan pakaian n katil 1..ku sms family ku..Ma aku kol nangis2 btahu dia ampunkn segala salah silap, n halalkn susu n mkn minum selama ini, n tlg doakan mudah2an mudah tuk aku bersalin..seriously aku malu..supposed aku yg minta n ckp mcm tu..huhuhu..
Mujur suami tercinta ada sekalai sepanjang di wad..Jadi tidak la boring..Aku bykkn berjln ja..Pusing keliling wad di situ..Tgk nursery baby room, alahai mcm x sbr lak nak tgk mcm mana rupa anakku dlm perut ni..Namun setiap 3 jam, BP ku di catit..syukur sepanjang hari normal saja..Dalam hati berdebar2 juga mcm tertanya bilakah masa sakit tu sampai..
Jam 1345, Selepas solat Zuhur, aku pergi ke toilet..Sekali aku tgk terdapat sedikit darah menandakan tanda2 bersalin..Istilah medical dipanggil "show"..Masa tu lega n teruja sgt..sbb x lama lg mungkin aku akan melahirkan..
Jam 2100, Dr Aziah dtg utk check bukaan ku..Syukur alhamdulillah sudah buka 4cm..Makin berdebar n x sabar lak..
15hb Dec 2009
Start jam 0000, kdg2 aku terasa sakit perut mcm period pain, dlm firasat aku mungkin itu tanda2 sakit nak bermula..Boleh dikatakan setiap sejam..Tp tidaklah aku cuba meneran..Aku relax je..lena juga tidur, kerana aku fikir tuk simpan tenaga..Sempat ku kirim nasi grg pd suami bila dia dtg nanti..
Jam 0545 aku bgn mandi..Nurse dtg suruh siap bfast nak masuk labour room..hah..biar betul terkejut aku..dah sampai masa nya ke..Jam 0600, aku diberi bfast roti n milo..n di beri pakaian salinan tuk labour room..Tp x de selera plak nak mkn..Jam 0620 aku di beri ubat masuk ke punggung utk berak..memang x sampai 3 minit, terus perut ku memulas utk ke toilet..
Suami aku sampai selepas aku blk dr toilet, aku btahu dah nak kena masuk labour room..jam 0650 di bawa ke labour room..Tp belum lg rasa sakit apa2..nurse dtg tanya nak ubat tak?aku kata x perlu lg sbb x rasa apa2 lg..
Sepanjang dlm labour room, dgr suara baby selamat dilahirkn..huhu bila la baby aku nak dilahirkn..Dlm labour room aku rasa sejuk sgt..asyik nak terkencing..tp dah x leh bgn ke toilet, kencing ikut tiub je la..Mulut ku x putus2 baca selawat Syifa' n Doa "la illah hailla anta"..
Jam di hadapan ku sentiasa aku tgk..lama nya aku di dlm labour room..suami aku brp kali kuar g bfast, g mkn lunch tp lum lg tanda2 sakit nak bersalin..Jam 1100, Datin Dr Norana dtg check bukaan ku, tetapi masih 4cm..masa tu hatiku sedih n terus menangis..terfikir kenapa dah lama masih 4cm..CTG baby masih lg normal..Datin kata kalau x buka lg, akan pecahkn air ketuban..Aku kena masuk air di tgn..
Jam 1300,Datin dtg lg check masih 4 cm, jadi terpaksa pecahkn air ketuban..huhuhu sedihnya namun aku redha..masa Datin seluk tgn dia pecahkn ketuban dgr bunyi "pop"..OO maybe tu tanda ketuban dah pecah..Terus terasa air hangat mengalir keluar dr bwh ku dgn banyaknya..Tp aku masih tidak rasa sakit lg..Aku teruskn berdoa mudah2an selepas ini makin besar la bukaan ku..
Jam 1530, Dr Norida pula dtg check..emm masih lg 4cm..masa tu aku hanya fikir Ya Allah selamatkn la baby dlm kandungan ku..heartbeat baby pd CTG masih normal..Doc btahu kalau selepas 1630 masih x buka2 maybe kena buat czer..Fuuh itu la perkataan yg plg aku takuti n kalau leh nak elak..
makin hampir jam 1630 hatiku berdebar, bila Dr Norida dtg masuk check lg, aku memang dah redha..Dr panggil suami ku n kata, aku memang kena czer..masa tu aku pandang muka suami ku dgn sayu..sedih sgt..Doc kata no progress n tulang pelvik ku kecil..Doc suh nurse siapkn aku tuk czer, n suami ku di minta keluar..Aku diminta sign surat kelulusan czer..
Jam 1700, aku dimasuk ke operation teater..debar tok sah cakap la..Aku diperkenalkn dgn pakar bius..masa tu minta aku bgn dia cucuk di belakang pinggang ku..terasa mcm cucuk di belakang..lepas tu dia berkata relax, x lama lg dlm 10 min you boleh tgk ur baby..X tahu la mcm mana perut ku di bedah oleh Dr Norida..perut ku di hadang dgn kain..dlm jam 1716 aku dipanggil n nurse btahu "Puan, ini lah anak puan"..masa tu terus tgk kemaluan nya..hehehe nyata n sahih it's a boy..syukur sgt..selepas tu aku x tahu apa yg terjadi aku rasa ngantuk sgt..
Pastu aku sedar keesokan harinya jam 0700 , 16hb Dec..itu pun selepas Dato' kejut ku, dan aku terkejut kenapa aku di OT lagi..Aku tanyakan pd Dato' apa yg terjadi..n dia kata aku mengalami komplikasi selepas pembedahan n ditempatkn di wad..terkejut aku..dato' katakan aku x sedar2 langsung, n heartbeat aku terlalu laju umpama aku berlari..Menurut kata Dato' kemungkinan badan aku x leh menerima injection pain killer, jadi Doc pakar bius terpaksa mengeluarkn semula kesan ubat tu dr badan ku..Ada di sebut term nya something like "reverse".. Masa tu sempat aku toleh ke skrin monitor yg amik bacaan heartbeat aku memang berbunyi sahaja..Dato' n nurse suruh aku relax tenangkn diri..masa tu air mata aku mengalir kerana dpt aku rasakan bagaikn aku mati hidup kembali..Hanya wajah2 baby ku n insan tersayang yg terbayang di ingatan ku yg menguatkn semangat ku..masa tu bibir ku x putus2 mengucap kalimah syahadah dan selawat syifa'..Suami ku pun xlama selepas itu sampai..Dia cuba menenangkn aku..Setelah keadaan aku stabil, baru la aku di masukkan ke bilik wad.
Begitula kisah aku melahirkn Umar..Bila di ingat blk memang serik dah nak mengandung terutama dlm masa 2/3 thn ni..tunggu la kekuatan mental aku kembali..hehehe lihatlah umar skang..tembamkan..
Saturday, January 30, 2010
Yeay!! 44 days in confinement end today..

Monday, December 28, 2009
Style Tido & Pose Umar Waldan B Mohd Rizal..hehehe
Amboi muncung nye bibir tu..ni setiap kali kalau kejutkn dia bgn tido..hehehe Umar akan buat bibir mcm tu..
Umar : "Mama Ayah, besar nanti Umar nak jd bilal la, ok kan?"



















