Friday, August 7, 2009

Virus Influenza H1N1 terhadap ibu mengandung..


Assalammualaikum wbt..emm hari ni cite pasal topik ni la..Penularan wabak yg telah menyebabkn 14 kematian(setakat mlm td) di Malaysia..Semakin mencemaskan..Kini org yang berisiko tinggi digalakkan utk tidak keluar ke tempat awam..So maknanya tidaklah boleh berjln2, bershopping...Ada hikmahnya semua ini terjadi..Antara yg berisiko ialah wanita mengandung..Mengikut statistik luar negara, wanita mengandung yg dijangkiti influenza ini meningkat 4 kali ganda tinggi dr kes biasa..Uish..seram sejuk mendengar nya..Jadi langkah2 pencegahan dan kebersihan perlu diambil berat..Contohnya elakkan terdedah di tempat awam, jika terpaksa juga keluar ke tempat awam amalkan memakai "face mask", selalu mecuci tangan dengan cara yg betul 15-20 saat dan elakkan contact dgn org yg kita tahu dijangkiti virus ini..

Itu antara langkah2 awam yg perlu dilakukan..Adalah juga sebaiknya kita selaku umat Islam mengamalkan langkah pencegahan mengikut kaedah Islam..BERDOALAH..Berdoa merupakan senjata umat Islam..Panjatkan doa minta dilindungi drp Allah SWT..Baik juga kalau kite amalkan minum air zamzam ataupun air yang dibaca Surah Yassin dan Doa Syifa sebagai langkah tambahan utk mencegahnya..Imam2 masjid juga pastinya sudah ada perancangan apa yang perlu dilakukan..Tambahan hari ini hari Jumaat hari yang mulia, eloklah jika membaca doa Qunut Nazilah sewaktu solat berjemaah dan berdoa semasa khutbah dibacakan minta dijauhi penularan wabak ini makin meningkat..Apapun setiap yang berlaku sudah menjadi ketentuan Allah..Hanya kepada-Nya kita bergantung dan berserah..


Berikut ada lah kenyataan rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican semalam :-

Penularan virus Influenza A(H1N1) didalam komuniti telah semakin meluas. Ia ditunjukkan oleh kehadiran ramai pesakit ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan demam dan batuk. Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil tindakan2 berikut:

1. Mereka yang berisiko tinggi (ibu mengandung, obes, asma, diabetes, imuniti rendah, sakit jantung) dan sedang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit dengan jangkitan virus Influenza A (H1N1) jika sekiranya rawatan dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas bermula gejala.Rawatan tidak memerlukan ujian pengesahan makmal dan bagi klinik kerajaan rawatan adalah percuma.

Selepas mendapat rawatan, pesakit adalah perlu berada di rumah dan mengurangkan pergaulan dengan orang awam termasuk ahli keluarga serta sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan etika batuk yang baik.Amalan ini dapat mengurangkan perebakan virus kepada orang lain.

Saya ingin sekali lagi menegaskan di sini bahawa :

Semua pesakit yang tergolong dalam kategori berisiko seperti ibu mengandung, obes, asma, diabetes, imuniti rendah, sakit jantung adalah diminta mendapat pemeriksaan SEGERA di hospital.


"BERSAMA2 KITA BERUSAHA MENCEGAHNYA, BERDOA PADA-NYA, KEMUDIAN BERSERAH DAN BERTAWAKAL PADA ALLAH.."


6 comments:

Lady of Leisure said...

kalau ada gejala2 h1n1, cecepat la kita ke clinic kan..
kalau boleh nak gi memana pakai mask, lady dah start pakai hehe..
pastu beli dettol sanitizer dan bawak kemana2 saja..
dengar kata mask dengan sanitizer kat farmasi pun sold out..

Annsyifa said...

hmm..risaunya kak..
mehla kita pakai mask kak irma ea..
demi keselamatan..

Irma Rizal said...

emm ya la lady n ann..
riso juga..
jaga diri baik2 ya..
lady kata mask n sanitizer dah sold out riso lak..
akak x sempat beli lg..

ok ann n lady, sama2 pakai mask ya..
mudah2an Allah lindungi kte sume..
amiin..

Jejari Halus said...

huuu..
seriau gk dgr org2 berisiko dpt h1n1 ni para ibu mengandung..
duk rmh je la nmpknye..
brg baby xhbs bli lg niii..uwaa..
nk kuar pun takut2..
bln pose pun xlame lg, mst xlrt nk shoping dh..

Irma Rizal said...

tu la jejari halus..
kes kematian smlm libatkn ibu hamil..
uish..risau juga..
brg baby saya pun lum beli apa lg..
xpe la kite beli online je la jejari halus..

Jejari Halus said...

bli online xpuas sgt..
djangka due btul2 lps raya..huhu..
klu leh nk nk tgok dpn mata brg2 baby bru puas ht..
nnt klu ade sale murah2 jgn lupa bgtau k..