Perjalanan ke Brunei melalui jalan darat dr Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 5-6jam atau pun lebih..kami bertolak dr KK jam lebih kurang 9 pagi..semuanya bergantung pada keadaan jalan tersebut contoh di imigresen,(nak tahu sekurang2nya 6,7 pos imigresen kena tempoh) jammed byk kenderaan atau pun kemalangan.ketika sampai di sempadansabah- sarawak imigresen Sindumin & Merapok sgt la lengang..jd mengambil masa hanya beberapa minit sahaja..kami berharap agar imigresen yg lain juga begitu..kami teruskn perjalanan..tp kami mengambil masa yg sgt lama di temburung @ Brunei Kecil ekoran menanti feri hampir 5 jam..dr jam 1.30ptg hingga 6ptg lebih..agak sakit hati juga bile byk kenderaan yg memotong barisan..dah la lori pun byk..yg tmbh sakit hati lagi, sungai nya bukan la besar mana..kecil sahaja..naik feri pun dlm 5 minit je..tp menunggu berejam2..syukur Alhamdulillah Umar x meragam sgt sepanjang perjalanan..
gmbr di atas nak menunjukkan barisan kereta yg menunggu utk naik feri..
ini la dia feri yg kami maksudkan..tidak la besar hanya muat 10 biji kereta sahaja..so bayangkan kalau lori yg naik..cukup la buat tergendala 5 biji kereta..menurut org tempatan kalau musim perayaan lagi la teruk menunggu lama..mujur kami ada bawa bekalan makanan dan minuman dlm kereta..kalau tidak..kesiannya umar..
lepas azab seksa naik feri kami dpt tahu mungkin di imigresen Limbang Sarawak nak memasuki imigresen Kuala Belait Brunei juga agak jammed..hanya mampu berdoa moga ianya tidak la seteruk mana..syukur ianya x seperti yg di takutkan..hanya mengambil masa 30 minit ke 40 minit lebih kurang di kedua2 imigresen itu..lupa nak cite most imigresen adalah drive thru, jd tidak la penat beratur..spt gmbr di bawah..
sampai di Brunei terus kami ke rumah pakcik sedara kami..rehat di sana..keesokannya br kami mula berjalan2 sekitar Brunei..apa nak buat..sampai dah mlm..betul kata rakanku Maya ..kain di sana2 murah2 la juga..walaupun dlm Brunei Dollar..dpt la ku rembat beberapa pasang kain..contoh kain cotton dlm 10BND aku dpt sepasang..convert duit ke RM dlm 25 sahaja..murah la juga kan..
Kami di bawa mkn di sebuat restoran milik kawan makcik sedara..mkn Buffet harga dlm 6.50BND..menurut makcikrestoran itu milik org semenanjung..lupa plak nama nya..di Brunei x sah kalau kite x merasa makan Nasi Katok..harganya cuma 1.00BND..ada nasi putih, ayam grg n sambal belacan jika nak pedas..kalau kurg pedas sambal ayam..sedap juga..masa kami mkn di sebuh gerai nasi katok ni, jumpa dgn org Labuan yg juga terkena stranded menunggu feri di Temburung tu..hehehhee,...dia pun berkata Sumpah 1 Tekeding..bahasa Sabah maksudnye sumpah sebakul..hehehehe..
ini la dia org Labuan yg kami maksudkan..sempat aku mengambil gambar mereka..
2 malam kami di sana, mlm ke 3 kami berangkat ke Miri..kalau singgah Miri jgn lupa singgah restoran Muara, mkn nasi lalap..terbaik punya sambal belacan..x sempat ambil gmbr..x byk kami bergambar...jadi itu la cerita perjalanan kami..hayati la sebahagian gmbr kami bercuti ini ya..
0 comments:
Post a Comment