Saturday, May 15, 2010

Safety Toys for Children..

1 comments
En3 kali ni just nak share pasal keselamatan mainan pada anak2 kita..since ada 1 permainan yg kami beli ni agak merisaukn buat kami..jadi terpanggil nak cite sikit..

Sebab kebanyakan kemalangan yang berlaku pada kanak2 banyak berlaku dirumah..Antaranya kerana kecuaian kite sebagai ibu bapa. Kebanyakan kes kecederaan dan kematian ini berlaku kerana standard keselamatan alat permainan kanakkanak tidak dipatuhi. Ibubapa pula terlalu ghairah untuk memuaskan kehendak anak-anak mereka dan tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan terhadap alat-alat permainan tersebut.

Bulan lepas kami baru beli 1 permainan buat Umar..memang fun dan Umar pun suka..tp motor yg menggerakkan permainan itu agak merisaukan, kerana ianya terlalu berat takut2 tempat berpaut nya tak dapat menampung berat motor tu..kerana misalnya jika kejadian x diingini itu berlaku, dia pasti akan mencederakan bahagian kepala..nauzubillah..jadi tanpa membuang masa, kami memulangkan permainan tersebut atas alasan tidak safety pd bayi kami..Syukur toys store tu menerima dan memulangkan duit kami..Emm agak mahal la juga permainan tu n dr jenama agak terkenal juga..emm ala yg apa fish fisher tu..hehehehe..memang tahu dorg tidak akan memasarkan mainan yg boleh membahayakan kanak2 kerana mereka telah melakukan penyelidikan terlebih dahulu..tp perasaan bimbang kami sbg mama ayahnya membuat kami melakukan keputusan begitu..




So inilah mainan yg disebutkan di atas..Bayangkan motor yg berwarna bergerak tu sangat berat bg bayi berumur 4 bln ini..Especially bile Umar ligat menendang, bergerak jugalah kaki motor yg merah tu..

Mujur Umar belum pandai merajuk mainan dia dah di pulangkan..Umar kini sudah pun ada mainan baru nya..(psst..tp dr brand yg sama..hehehe) Syukur berbaloi di beli memandangkan Umar juga suka dgn mainan baru ni..



Lihatlah mainan baru Umar..seronok lihat bila kaki tangan dia ligat nak menyentuh toys yg gantung2 tu bila sampai masa main dia..

Maka, sebagai pengguna permainan yang berhemat, kita harus menyedari tentang bahaya yang terdapat pada sesetengah alat permainan kanakkanak serta mengawasi alat permainan yang diberikan kepada anak-anak kita. Malangnya di Malaysia tidak terdapat sebarang peraturan yang mengawal ciri-ciri keselamatan pada alat permainan dan peralatan kanak-kanak. Oleh itu, perlindungan kendiri adalah perlindungan terbaik.Sebagai parents kite mampu berusaha mengelak dan menjaga keselamatan anak2 kite, tp jika kecelakaan tetap berlaku, ingat la ia kerana Yang Maha Esa,yg mahu menduga kesabaran hambanya...

Tuesday, April 20, 2010

Our Joy Turn to 4th Months

6 comments
Syukur Alhamdulillah...Umar dah pun masuk 4 bln..makin lasak, makin kuat main..Sekarang dia dah pandai meniarap..Lagi 4 hari nak masuk 4 bln, dia boleh meniarap sendiri..disaksikan sendiri oleh ayahnya..sebelum ini kena bantu tolak punggung nya..jadi biasalah benda baru, pantang dibaringkan dia akan meniarap..Seronok rasanya dapat melihat perkembangan si kecil..X sabar pula nak melihat "what's next?".Emm bile melihat dia tersenyum dan gelak, air mata ku pasti bergenang..betapa syukurnya aku atas anugerah ini..hanya doa yang mampu ku panjatkan minta Allah izinkan anakku ni membesar menjadi anak yang soleh, sihat dan sempurna..Izinkanlah kami melihat dia membesar sehingga sampai ajal kami dulu..

Buat ayah, "Thanks a lot for everything..for ur sacrifice, patience, tolerant..We appreciate that.."
Buat Umar ku sayang, "Membesarlah sayang menjadi anak yg memakmurkan dan baik seperti mana maksud namamu Umar Waldan..Mama Ayah amat menyayangimu.."

Lihatlah Umar skang..dah makin dewasa n handsome tak?hehehehe...






Wednesday, March 24, 2010

The Precious Moment

2 comments
Salam sume..hehehe ada ke yg sudi membaca blog ku ini..lama nya x update..since ada anak kecil ni masa lebih tertumpu pd si dia..Nak share la pengalaman bersalin..

14hb Dec 2009
Since EDD dah sampai tp belum ada tanda nak bersalin, kemungkinan aku akan di induce..Jam 1000 sampai ke Hospital Bersalin Razif utk check up..Sekali Dr Aziah check pintu rahim, terkejut juga rupanya sudah buka 2cm..Aku di tahan wad..br planning lepas check up nak g jln2 window shopping ke..emm xpe la tp syukur juga..at least tahu la dah nak bersalin, wpun x tahu bile masanya akan tiba..Jadi x perlu la induce..(pstt..org kata sakit ya induce ni..?)Pastu naik atas wad check CTG baby dulu..emm ok normal..Pastu br diberi salinan pakaian n katil 1..ku sms family ku..Ma aku kol nangis2 btahu dia ampunkn segala salah silap, n halalkn susu n mkn minum selama ini, n tlg doakan mudah2an mudah tuk aku bersalin..seriously aku malu..supposed aku yg minta n ckp mcm tu..huhuhu..

Mujur suami tercinta ada sekalai sepanjang di wad..Jadi tidak la boring..Aku bykkn berjln ja..Pusing keliling wad di situ..Tgk nursery baby room, alahai mcm x sbr lak nak tgk mcm mana rupa anakku dlm perut ni..Namun setiap 3 jam, BP ku di catit..syukur sepanjang hari normal saja..Dalam hati berdebar2 juga mcm tertanya bilakah masa sakit tu sampai..

Jam 1345, Selepas solat Zuhur, aku pergi ke toilet..Sekali aku tgk terdapat sedikit darah menandakan tanda2 bersalin..Istilah medical dipanggil "show"..Masa tu lega n teruja sgt..sbb x lama lg mungkin aku akan melahirkan..

Jam 2100, Dr Aziah dtg utk check bukaan ku..Syukur alhamdulillah sudah buka 4cm..Makin berdebar n x sabar lak..

15hb Dec 2009
Start jam 0000, kdg2 aku terasa sakit perut mcm period pain, dlm firasat aku mungkin itu tanda2 sakit nak bermula..Boleh dikatakan setiap sejam..Tp tidaklah aku cuba meneran..Aku relax je..lena juga tidur, kerana aku fikir tuk simpan tenaga..Sempat ku kirim nasi grg pd suami bila dia dtg nanti..

Jam 0545 aku bgn mandi..Nurse dtg suruh siap bfast nak masuk labour room..hah..biar betul terkejut aku..dah sampai masa nya ke..Jam 0600, aku diberi bfast roti n milo..n di beri pakaian salinan tuk labour room..Tp x de selera plak nak mkn..Jam 0620 aku di beri ubat masuk ke punggung utk berak..memang x sampai 3 minit, terus perut ku memulas utk ke toilet..

Suami aku sampai selepas aku blk dr toilet, aku btahu dah nak kena masuk labour room..jam 0650 di bawa ke labour room..Tp belum lg rasa sakit apa2..nurse dtg tanya nak ubat tak?aku kata x perlu lg sbb x rasa apa2 lg..

Sepanjang dlm labour room, dgr suara baby selamat dilahirkn..huhu bila la baby aku nak dilahirkn..Dlm labour room aku rasa sejuk sgt..asyik nak terkencing..tp dah x leh bgn ke toilet, kencing ikut tiub je la..Mulut ku x putus2 baca selawat Syifa' n Doa "la illah hailla anta"..

Jam di hadapan ku sentiasa aku tgk..lama nya aku di dlm labour room..suami aku brp kali kuar g bfast, g mkn lunch tp lum lg tanda2 sakit nak bersalin..Jam 1100, Datin Dr Norana dtg check bukaan ku, tetapi masih 4cm..masa tu hatiku sedih n terus menangis..terfikir kenapa dah lama masih 4cm..CTG baby masih lg normal..Datin kata kalau x buka lg, akan pecahkn air ketuban..Aku kena masuk air di tgn..

Jam 1300,Datin dtg lg check masih 4 cm, jadi terpaksa pecahkn air ketuban..huhuhu sedihnya namun aku redha..masa Datin seluk tgn dia pecahkn ketuban dgr bunyi "pop"..OO maybe tu tanda ketuban dah pecah..Terus terasa air hangat mengalir keluar dr bwh ku dgn banyaknya..Tp aku masih tidak rasa sakit lg..Aku teruskn berdoa mudah2an selepas ini makin besar la bukaan ku..

Jam 1530, Dr Norida pula dtg check..emm masih lg 4cm..masa tu aku hanya fikir Ya Allah selamatkn la baby dlm kandungan ku..heartbeat baby pd CTG masih normal..Doc btahu kalau selepas 1630 masih x buka2 maybe kena buat czer..Fuuh itu la perkataan yg plg aku takuti n kalau leh nak elak..

makin hampir jam 1630 hatiku berdebar, bila Dr Norida dtg masuk check lg, aku memang dah redha..Dr panggil suami ku n kata, aku memang kena czer..masa tu aku pandang muka suami ku dgn sayu..sedih sgt..Doc kata no progress n tulang pelvik ku kecil..Doc suh nurse siapkn aku tuk czer, n suami ku di minta keluar..Aku diminta sign surat kelulusan czer..

Jam 1700, aku dimasuk ke operation teater..debar tok sah cakap la..Aku diperkenalkn dgn pakar bius..masa tu minta aku bgn dia cucuk di belakang pinggang ku..terasa mcm cucuk di belakang..lepas tu dia berkata relax, x lama lg dlm 10 min you boleh tgk ur baby..X tahu la mcm mana perut ku di bedah oleh Dr Norida..perut ku di hadang dgn kain..dlm jam 1716 aku dipanggil n nurse btahu "Puan, ini lah anak puan"..masa tu terus tgk kemaluan nya..hehehe nyata n sahih it's a boy..syukur sgt..selepas tu aku x tahu apa yg terjadi aku rasa ngantuk sgt..

Pastu aku sedar keesokan harinya jam 0700 , 16hb Dec..itu pun selepas Dato' kejut ku, dan aku terkejut kenapa aku di OT lagi..Aku tanyakan pd Dato' apa yg terjadi..n dia kata aku mengalami komplikasi selepas pembedahan n ditempatkn di wad..terkejut aku..dato' katakan aku x sedar2 langsung, n heartbeat aku terlalu laju umpama aku berlari..Menurut kata Dato' kemungkinan badan aku x leh menerima injection pain killer, jadi Doc pakar bius terpaksa mengeluarkn semula kesan ubat tu dr badan ku..Ada di sebut term nya something like "reverse".. Masa tu sempat aku toleh ke skrin monitor yg amik bacaan heartbeat aku memang berbunyi sahaja..Dato' n nurse suruh aku relax tenangkn diri..masa tu air mata aku mengalir kerana dpt aku rasakan bagaikn aku mati hidup kembali..Hanya wajah2 baby ku n insan tersayang yg terbayang di ingatan ku yg menguatkn semangat ku..masa tu bibir ku x putus2 mengucap kalimah syahadah dan selawat syifa'..Suami ku pun xlama selepas itu sampai..Dia cuba menenangkn aku..Setelah keadaan aku stabil, baru la aku di masukkan ke bilik wad.

Begitula kisah aku melahirkn Umar..Bila di ingat blk memang serik dah nak mengandung terutama dlm masa 2/3 thn ni..tunggu la kekuatan mental aku kembali..hehehe lihatlah umar skang..tembamkan..



Scrapblog,Scrapbook,Babies



Saturday, January 30, 2010

Yeay!! 44 days in confinement end today..

6 comments
Syukur Alhamdulillah..tq so much to my mom, abah, angah, dayah n noah helping me to take care of Umar Waldan..without you all, really don't know how i can make it alone..

Umar dah pandai nak borak n gelak skang ni..emm menjadi kesayangan atuk opah n adik2 ku..seronok la dia bile dikelilingi oleh kami sume..tapi bile dtg meragam dia, sume org x leh tahan huhuhu..sampaikn atuk opah memaanggil Umar dgn nama berlainan..mana tahu x serasi dgn nama Umar..hehhee

Apapun skang hasrat hati nak sihatkn tubuh badan ku..n try be a very gud mom to Umar..mcm nak cite pengalaman bersalin kan Umar..tp x berkesempatan la..nanti la next time..

Till then, mama love Umar..

Umar: "Mama, Umar nak g Umrah dah la..dlm ihram ni.."

Umar : "Jgn kaco waktu lena ku.."


Umar : "Fire kang !!"


Umar: "Mama, sedapnye bantal peluk ni.."


Umar : "Mama, lihatla senyuman menggoda ku.."

Monday, December 28, 2009

Style Tido & Pose Umar Waldan B Mohd Rizal..hehehe

6 comments

Umar : "Mama & Ayah..peace !!!"



Mama Ayah : "Umar suka tido kepala senget mcm ni..x sakit ke kepala tu sayang?"



Amboi muncung nye bibir tu..ni setiap kali kalau kejutkn dia bgn tido..hehehe Umar akan buat bibir mcm tu..




Umar : "Mama Ayah, besar nanti Umar nak jd bilal la, ok kan?"



Umar : "Mama Ayah, jgn jealous..nikmatnye tido !!"

Thursday, December 17, 2009

Kelahiran Yang Dinanti..Syukran Ya Allah..

10 comments

Syukur Alhamdulillah..Akhirnya putera sulung kami selamat dilahirkan pada 28 Zulhijjah bersamaan 15hb Dec 2009, jam 5:16ptg, dengan berat 3.10kg..baby ku ni nak kuar kot tingkap juga ya..Xpe la sayang..walaupun selepas tu mama lak mengalami sedikit komplikasi..syukur selepas tu selamat semuanya..terima kasih yg tak terhingga pd suami tercinta, kedua2 keluarga besar ku, dan teman2 yg sudi mendoakan keselamatan mam n baby...

Buat abang tersayang..inilah hadiah paling bermakna daripada kite buat abg menjelang ulangtahun kelahiran abg yg ke 32..suka tak dpt hadiah ni???Tq very much abg for ur patience, pengorbanan n everything..Love u..Sama2 kite membesarkan baby ni menjadi anak yg Soleh n berguna pd Islam, mama n ayah, keluarga dan masyarakat ya..

Monday, December 14, 2009

Emm dr td masih 2cm ke??

3 comments
Pg td dlm kul 10.40am check up jumpa Dr Razif mcm biasa sbb dah on date..Naik atas Tingkat 1 buat CTG dulu..dr CTg tu nurse tgk dah ada contraction..uish ya ke..aku pun x sure..rasa la sakit mcm baby mengeras tp mcm leh thn lg..Dah 20 min buat CTG, turun bwh jumpa lak Dr Aziah..Dlm kul 11.50am Dr check dah buka 2cm..wah baby ni memang nak kuar ari ni kot..Dr kata kalau ptg x bersalin lg , maybe br fikirkn tuk induce..redha je la..

Selepas solat Zuhur, dlm kul 1.45pm g toilet sekali tgk dah ada show, iaitu darah..mcm lega la juga meaning tu tanda nak dekat la tu..ok la kot..so selang sejam ni aku mula rasa mcm sakit perut nak melabur, ma aku kata tu tanda gesa la tu..emm sekang dah jam 6.15..x tahu la dah buka brp cm..makan lalu je ni..pantang sua, semua ku telan sbb memikirkan tenaga nak teran nanti..

Skang bykkn berjalan n amalkan ayat Kursi, Doa Nabi Adam, Surah An-Nas..n baca juga surah Maryam moga Allah mudahkn aku bersalin bile tiba masanya nanti..macam nak tido pun ada juga ni..oklah..aku berserah dan bertawakal padamu Ya Allah..thanks a lot to abg, ma n abah yg menemani dr td..huhuhu cian dorg, lama nya nanti baby ku ni kuar..

Monday, December 7, 2009

Celeb Birthday Qistina Amira

2 comments
Semalam celeb bday anak buah husband en rizal di enstek..yg bernama Qistina Amira..insyaAllah baby ku juga akan sambut bulan kelahiran yg sama dgn Mira thn depan..mudah2an..lama juga x mkn kek bday ni..sedap nye..puas juga la..lupa sekejap aku ni mengandung..mkn kek emm yummy yummy x ingat..coklat nye sedap..ada gmbr ku share kn sekali..sempat la kami cr kan hadiah buat bday girl..tp kalau dah beli tuk yg sorg, yg sorg tu pun kena la beli juga..hehehhe..utk hadiah si adiknye..walaupun bday nye next month..ku selitkn gmbr2 mereka..



sampai jilat2 mkn kek..... bday girl amira..


qistina amira & qistina afiqah


yummy yummy sedap la kek ni..


kek dr kami x sempat rasa lak


Friday, November 27, 2009

huhuhu BP ku high 145/100..!!!

0 comments
huhuhu 25hb Nov, admitted ward Hospital Banting, due to High BP..Alhamdulillah 26hb Nov dah kuar..mana taknya BP ku 145/100..mak aii tinggi tu..then doc dah bg jln penyelesaiannya 29hb Nov ni datang semula admit ward, 30hb Nov, masuk IOL..huhu mcm x nak je..

So, Husband ku decide, bw g Hospital Bersalin Razif..so Sabtu 28hb kami g ke Hospital Bersalin Razif, check up dgn Dato' Dr Razif, lega sikit..dato' tanya husband apa pendapat my hubby, then lepas dgr hubby nye kata2, then he decided suh tunggu tuk sampai masa bersalin..since bukaan rahim ku masih lum buka, masih rapat..katanya induce ni akan menyebabkn penyudahnye ceaserian..gulp..alamak lg la takut..so kami pun ikut doc nye suggestion..doc pun kata BP ku tidak la terlalu tinggi..n urine ku juga xde mengandungi protein..so doc suh bykkn berjalan, n continue mkn ubat darah tinggi tu..so lepas ni terus je continue check up dgn Hospital Razif..husband pun decide nak bw ku bersalin sini..xpe la abang..kite ikut je apa yg abg cakap..mujur juga kami dpt 10% discount bersalin sini, pakai GL my husband as govt servant..

hanya mampu ku berdoa moga semuanye selamat sahaja..tq abg so much for being there when i need u most..love u so much..doakan semoga semuanye selamat ya..demi zuriat ini, kami sanggup berkorban apa sahaja..

Tuesday, November 24, 2009

Kenapa ni???

4 comments
Salam sume..huhu debaran makin terasa..insyaAllah bile2 masa saja ni..Tp check up di klinik tidaklah sebaik sebelum2 ni..BP ku tak menentu..Doc dah suh aku kawal BP agar x tinggi..entah la..adakah sebab pemakanan ke, byk sgt fikir ke..tido pun sering terganggu..tp masalah tido normal bg ibu hamil ni terutama sudah masuk nak akhir2 ni..sudah masuk minggu ke 37 kehamilan..x lama je lg ni..bile2 masa ja..

Apapun byk berdoa n cuba bertenang je la..mudah2an selamat aku melahirkan..Excited juga terutama bile memikirkan kami bakal ada baby di sisi setelah penantian 4thn ini...X sabar mama & ayah nak nantikn kehadiran mu baby sayang..

Thursday, November 12, 2009

Today is Our Day !! Love You Abg Forever...

5 comments
Happy Our 4th Anniversary Abg..
You're the one I needed most
for i am so in love with u..
You light my life and turn it right..
and put a music in my heart
How can I thank you for all the things..
And for the love you've given me?
I can never ask for more because
My life has been complete since
I FOUND YOU...!!!


Scrapbooking at WiddlyTinks.com

P/S : Thanks for being such wonderful n great husband to me..Love u till the end..Can't wait to see u next Friday..

Friday, November 6, 2009

Alhamdulillah syukur..selesai satu acara..

2 comments

Photo Albums at WiddlyTinks.com

Syukur akhirnya selesai majlis perkahwinan adikku..Terima kasih pd yg sudi menghadirkan diri..Ampun dan maaf pd yg hadir andai kata tidak dapat layanan sesempurna mana..seronok juga dpt jumpa mak pak sedara dr jauh, sahabat handai sevota, n ex-staffmate TD2000..selesai satu acara..kasihan pd ma ayah ku yg byk habiskn tenaga juga melayan para tetamu yg hadir..

Begitu juga dgn aku..penat memang penat..sakit pinggang usah cakap la..huhuhu aku x dok diam..kesana ke mari..sampai mak2 sedara risau tgk ku byk bjalan n berdiri..sbb aku seronok jumpa kawan2 lama n sedara mara..tuan umah masa aku sewa di aprtment orkid pun dtg..mai dr sg petani tu..ish sih terharu la..pastu kak ina sama jemaah dgn aku dulu pun sudi dtg..bersama dgn 2 anak nya, kakak n ayahnya..memang sedih bercampur gembira jumpa kak ina ni..insyaAllah kak ina nanti kami dtg umah kak ina pula ya..jumpa kak ina ni sebak je..cite blk kenangan masa di tanah suci thn lepas..masih terbayang lg..rasa mcm br je blk dr sana..One of the best moment in my whole life..TQ so much abg, ma, abah, angah n yantie.

Skang masa bertenang buat ma n abah ku..sian nye..lepas ni dok sibuk ngadun aku lak tuk berpantang..mudah2an aku bersalin nanti cik suami ku sudah ada di sisi..leh belajar tlg membantu menjaga aku yg dlm pantang ni..kesian la juga pd ma abah aku ni..belum habis lg lelah penat kenduri terima menantu baru..kini dah nak terima cucu sulung lak ya..xpe insyaAllah along cuba tidak menyusahkn ma abah nanti k..

InsyaAllah kenduri belah lelaki di K.Terengganu pd 26 Dec nanti..rasanya memang aku x dpt g..sbb maybe dlm pantang..xpe la next time la g..g bercuti..bw baby lg ya..amiin.. mudah2an..so ini je dulu cerita ku buat kali ini..ramai juga yg puji deko bilik pengantin n hantaran..emm kredit pd adikku Nurilda yg mencetuskn idea n men'decorate' bilik tu sedemikian rupa..nak tgk mcm mana cantiknye bilik pengantin n hantaran sudi2 la jenguk di facebook ya..

Wednesday, October 28, 2009

Macam tak sabar pun ada ni..

2 comments
Salam sume..mood nak update blog makin kureng lak..maybe sbb sibuk membantu menyediakn persiapan perkahwinan adikku..fuuh memang terasa la penat n sakit pinggangnye..bukannye buat apa sgt.byk buat keje sambil duduk..beginilah pengorbanan seorang ibu hamil ya..ku insafi diri..tu yang kalau ikutkan mcm x sabar nak lepaskan semua lelahan ni..tapi mohon mudah2an biarlah bayi ku ini lahir cukup bulan usianya n terutama sekali suami ku sudah ada di sisi..

Tapi perasan la sejak masuk kandungan 8 bulan ni, kekuatan fizikal ku makin merosot..Nak masak sikit pun dah sakit pinggang..Buat keje sikit dah sakit pinggang..So far ianya banyak melibatkan pinggang belakang ku..Ahad ni 1hb Nov follow up check up di Barakah Poliklinik, esoknya 2hb Nov di Klinik Ibu pula..Berdebar juga menantikan result UTI (kencing kotor) ku..Mudah2an tidak la seteruk mana..

Risau juga masa kenduri kawin adikku nanti..harap aku dpt la bertahan sampai selesai majlis..dan aku nekad x nak paksakan diri melibatkan diri semaksima mungkin..cukup sekadar buat apa yg termampu..kesian plak pd ma ayah n adik2 aku yg 2 org je tu..adik beradik dah la sikit, sume pompuan lak tu..menantu seorang tu dah jauh lak..kalau tidak ada la penguat sikit dlm keluarga..hanya mampu mengharapkan bantuan pada sedara mara dan jiran tetangga la..

Mudah2an Allah permudahkan segala urusan majlis perkahwinan adikku ini..Amiin..

Friday, October 16, 2009

Penangan Din Beramboi, Nabil & Afdlin Shauki..

0 comments
Salam..just nak share video clip spontan Episode 8 Part 3 ni..x tahu la nak kata apa.. memang pecah perut di buatnya..sakit perut gelakkn lawak dorg ni..risau juga kot effect pd baby ku lak nanti..apa pun memang gile gelak la aku tgk nye..maybe pd korg sume biasa je kot x lawak..kot aku je yg lebih2 ya..hahahah..emm skang jd fenomena baru dlm siri tv tempatan..saksikan la sama2 k..

Monday, October 12, 2009

Facebook oo Facebook..

3 comments
hii pembaca yg sudi membaca blog ku..kali ni cite pasal facebook la plak..emm rasanya makin menjadi2 ketagihan facebook di kalangan rakyat Malaysia..bukan apa byk kuiz, ahli nujum, leh main game sesama2 rakan facebook ya..mcm2 la..dgn FarmVille nye..Fish Aquarium nye..so far xde lak keinginan nak join kuiz2 n game bagai ni..adik ku pun yg bakal pengantin x lama lg ni pun suka lak menjenguk ikan nye dlm aquarium facebook ni..sampai kdg2 tiba2 teringat ikan nye lum bg mkn..huhuhu jgn sampai addicted lepas kawin cukup la..tq to my fren Rahida Yusof yg membuat kn aku terpengaruh tuk join facebook ni..aku cuma lebih suka join sembg or apa yg di share kan pada wall rakan2 facebook ku..n yg aku suka sgt facebook ni sbb kawan lama leh jumpa blk..itu la yg plg syok..ku jumpa blk rakan2 sekolah lama baik SMAI or SEVOTA, kakak senior roomate n frens dulu masa di ITM Segamat..bukan apa bile jumpa blk memang seronok..walau pun cuma di alam maya ni..sbb lama beb terputus hubungan..

Tp korg nak tahu tak..heheehe byk gak studies yg di buat by some researches, universiti, psikology tentang social media facebook ni..ianya boleh membuatkn seseorg itu menjadi liar..hahaha betul ke..biasalah sesuatu ciptaan manusia ini adakalanya baik, adakalanya buruk, adakalanya memusnahkan..emm ada la cth studies yg sempat aku baca..antaranya :

1) Study finds Myspace and facebook, good for kids.. hehee memandangkan skang ni mama n ayah to be..so bahan bacaan pun lebih ke untuk parenting..

2) Study shows that facebook is for the Wealthy, Myspace for the poor..emm ya ke..tepuk dada tanya selera ya..

3) Study reveals shocking thruth: Most facebook apps are silly,pointless..emm ya kot..sometime buat kite jd time-wasters..

4) Study: Facebook Increases Jealousy in Realationships..hahaha maybe kot..depends la pd app facebook ya..

n sebenarnya byk lagi study yg telah dibuat..itu antara yg sempat dibaca..apa pun wahai bloggers..yg penting biarlah apa yg kite lakukan semuanya berada pd tahap kesederhanaan..Islam pun memang menuntut pd kesederhanaan ini..hahhaa tp aku pun bile on je PC , facebook tetap ku lawati..tp sekadar singgah n membaca apa je yg ada di wall ku..mana yg boleh di ambil pedoman silakan lah, kalau x sekadar membaca nye ok..

SELAMAT BER FACEBOOK !!!

Monday, October 5, 2009

Perasaan ku...

13 comments
Assalammualaikum wbt..Wah sakan beraya ya sampai lama benar blog ni x update..hehee padahal xde la beraya sakan...biasa ja..napa entry kali ni cite pasal perasaan yek..huhuhu..sbb byk perasaan yg di alami sejak dua menjak ni...

Perasaan Rindu..ku terhadap suami tercinta..sejak terbang nye dia ke Sabah pd 26 Sept lalu..tp demi melaksanakan amanah nye pd negara dan anak bangsa, ku relakan jua melepaskn nye walaupun ku tahu sedihnye kena tinggal lg buat sekian kalinye..huhuhu..dok membilang hari je ketibaan nye disisi nanti 20 Nov..lama tu..

Perasaan Gembira..namun aku ada juga rasa gembira sbb 1st check up ku di Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang membuat hatiku berbunga2..semalam di temani adikku yg juga soon to be newly wed (thanks sis dayah!! teman n bw along), berjumpa Dr Khairiah Seman..Alhamdulillah Doc memang la menyejukkn hati n baik..pastu ditambah dgn info detail yg ku perolehi tentang baby ku ini..Syukur sgt setakat ni baby dlm keadaan normal n baik..Cuma jantung nye Doc x leh nampak dgn jelas kondisi nye..Doc kata tgk bile baby besar sikit lg..So far doc kata sumenye ok..N kepala baby pun dah mula ke bawah..tp Doc kata leh pusing blk..mudah2an kepala nye ke bawah la bile nak bersalin nanti..Berat baby kini 1.3kg..since last check up 19 Sept, berat baby 1.1kg..so naik dlm 0.2kg..emm bile doc tunjuk anggota2 n organ2 baby rasa x sbr lak nak tgk dia jengah ke dunia..tp x maula..tunggu dulu cukup bulan ya..Doaku moga baby ku lahir cukup bulan, sihat n time tu ayah dah ada kat sini ya..

Perasaan Gusar...tp td bile check di Klinik Ibu, lain plak cite nye..urine ku didapati kotor, HB darah juga turun ke 11.0, n ada gula dlm urine ku..huhuhu terus debar je jantung ni..mujur dlm debar2 tu check BP normal..tp setelah jumpa doc, gusar tu hilang sikit..sbb doc kata normal sebenarnya, based on urine test,result x significant..doc bg ubat antibiotik tuk urine kotor tu..emmterfikir juga..pg td sebelum g klinik minum air suam, kurma 2 biji n 2 keping roti..maybe smlm ku pulun sakan..dgn nasi lemak jiran, cendol n rojak SS15 subang jaya nye, pizza hut nye, air jus pink guava HPA..hahaha tp sume tu dlm kuantiti sederhana..lepas ni nak check up jaga la mkn n minum kan..


Perasaan Debar..hahhaa ni kalau ikut xde kena mengena dgn diri sendiri..tp sbb ma ayah n adik ku dah debar aku pun ikut sama..majlis kahwin adikku yg makin hampir..jd masing2 risau majlis tu nanti mcm mana..hanya mampu doa mudah2an majlis tu nanti berlangsung dgn jaya n sederhana tp meriah..dan yg penting diberkati Allah..mudah2an..emm tp aku x meriah la sgt kot..masa tu dah masuk 34 minggu dah kandungan tu..maybe cepat la penat..jaga diri je..x nak rajin kn diri sgt menolong..hehehe jgn mara ya adikku..tlg yg ringan2 along ok je..

Rasanya itu je kot perasaan yg kualami setakat ini..Rasa seram atau takut belum lg..tunggu la x lama lg nanti..mudah2an semuanya berjalan lancar n selamat..

P/S: Buat cik somi..baik2 ya stay sorg2 di sana..ingatlah org yg tersayang ni..heheheh...

Sunday, September 20, 2009

Pagi Lebaran 2009...

0 comments

Terminal 1 Kota Kinabalu International Airport

Assalammualaikum wbt..skang tepat jam 0814..huhu di sini sudah selesai pun Solat Sunat Aidilfitri jam 0730..Alhamdulillah syukur kami sudah pun check in di KKIA jam 0620 td..Terima kasih pada ayah n ma mertua fiza sudi menghantar kami ke airport..Baru lepas breakfast di McD..huhuhu 1st time juadah pagi syawal tidak bertemakan juadah aidilfitri..sabar ya..x lama ja lagi insyaAllah dpt la kami merasa juadah istimewa..tp rasanya ok apa..ada la kelainan Syawal 2009 ni kan..tercatit memori baru lak..xde la rutin di pagi lebaran sama je tiap2 tahun..hahaha..nak sedapkan hati ni..mudah2an kami selamat sampai ke destinasi tercinta..berjumpa ayahanda bonda, sanak saudara tercinta..

Semalam check up di SMC..Syukur alhamdulillah semuanya baik2 aje..baby pun dah membesar dgn 1.1kg..emm Dr Helen tunjuk pundi berisi air kencing baby..meaning alhamdulillah buah pinggang baby ok..jantung pun ok..Tp kedudukan kepala baby di atas pula..Dr Helen jot down kat buku check up baby breech..Ya Allah mudah2an perlahan2 baby akan berpusing ke tempat sebaiknya,n semuanya sihat selamat ya sayang mama n ayah ni..mudaha2an juga Allah lindungi kesihatan baby sepanjang penerbangan ini..amiin..Dr Helen pun dah kuarkn surat condition kesihatan mama n baby menunjukkan selamat utk penerbangan ini..insyaAllah..

Kepada semua bloggers yg sedang menikmati juadah tu,bersederhanalah ya..hehehe bukan apa jealous ni..jumpa lagi di catatan seterusnye..

Tuesday, September 15, 2009

Ho ho Balik Kampung...Hati Girang..

3 comments


(Kad Raya Khas Buat semua Followers blog ku tersayang)

Assalammualaikum wbt..hehhe topik ni la paling bersemangat nak jot down...beg pakaian ku usah di kata la sejak 2 minggu lepas lagi sudah tersedia..tinggal nak zip je..hehehe..sampai suami tercinta ku berkata lama dah beg ni kat sini..bile nak berubah tempat..hahaha...

Huhuhu cite pasal balik kampung ni..kami sgt la jealous pd hampir majoriti cikgu semenanjung yg bertugas di Sabah ni..sbb dorg dah ada yg sampai KL td..kebanyakan bertolak blk semenanjung besok..memandangkan besok hari Rabu, cuti awam bagi Sabah, lalu kebanyakan sekolah sambung cuti sampai khamis n jumaat..maka apa lagi cikgu2 ni peluang keemasan la..balik la..wa..wa..masa last week mula2 dgr dorg ni blk awal, ok lagi..maintain relax je..tp bile dah tiba masa nya hua hua..rasa jealous juga n terfikir napa x beli tiket blk awal ya..xpe la..sumenye ada hikmah nya..sudah ditentukan Allah..hehehe nak sedapkan hati..

Apapun mudah2an dapatla kami balik beraya..mudah2an diizinkan Allah tuk naik flight ni..sebelum blk ni kena check up dulu dgn SMC Sabah..gynea akan scan tgk condition baby..harap sgt sumenye ok..jadi kalau ok leh la balik..amiin..tiket kami 20hb raya pertama sadis tak?flight kul 10 pg dr KK,sampai KLIA kul 12.25 tghari..1st time siot takbir pg raya tidak di samping family tercinta..huhuhu mujur la ada husband tercinta..so rasanya ok la kot..mana tahu ya dgr takbir mlm raya sedih lak meleleh ayaq mata..xpe la..bak kata org raya dimana2 sama ja..ya ke..hua hua hua...

Dan semestinya blk raya ke kampung sgt bermakna berbuat kami..sbb hehehe perut dah buncit..buncit ada baby tau..tu yg lg bersemangat nak blk..walaupun berdebar juga nak blk naik flight ni, tp hanya mampu panjatkan doa moga Allah lindungi n pelihara kesihatan diriku n kandungan sepanjang perjalanan balik ni..amiin..Buat Ma Abah, Ma n Abah mertua, Angah n Dayah, Ipar Duai ku..hehehe nantikan kepulangan kami ya..Jangan lupa amik kami di KLIA nanti k..Wassalam..

Balik Kampung - Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh
Hati girang
Ho..ho..Balik kampung..
Hati girang..
Terbayang wajah2 yang ku sayang
Satu2 tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Sunday, September 13, 2009

Tummy Mummy Box - It's FREE!!!

6 comments
Wah Raya x lama lagi..bestnye..tp sebelum cite pasal raya nak cite pasal kotak yg berisi free gift yang br saja dapat..Nak dapatnye kena la register di Baiboo.com..Web berkaitan pregnancy n parenting ni..x silap masa awal pregnant ari tu register..tp tummy mummy box ni baru dapat time kandungan masuk 6 bln..amik kat Guardian 1 Borneo, K.Kinabalu..kotaknye besar, tp huhuhu free gift nye agak kureng la..ingat ada la product2 baby yg best2 skit kan..mcm brgn johnson baby ke, CD Johnson Baby ada la..tp emm byk brg tuk mama la..n bukannye mama pakai pun..Dove Hairfall Condition, Loreal Creme..pastu Creme tuk rash baby n Nappi Kleen ni ok la leh pakai...n ada la brochure pasal fisher price n kehamilan ibu..xpe la dah nama free gift kan..so ikut suka la depa nak bg apa ya tak..ini la kotaknye n brg2 di dalam nye..








P/S : Apapun terima kasih la ya baiboo.com..

Friday, September 4, 2009

17 Ramadhan - Nuzul Al Quran

2 comments
Assalammualaikum wbt..Fuuh lama betul xde new entry kat blog ni..dah bersawang ya bak kata sesetengah bloggers..hehehe...

Memandangkan 17 Ramadhan akan tiba x lama lg..kdg2 kite ni mudah terlupa..jadi ada baiknya mengulangkaji balik mana2 yg terlupa tu..ish ish x sepatutnya kite terlupa sejarah penting buat umat Islam ni..17 Ramadhan tu di kebanyakan negara termasuk Malaysia yg tercinta diingati sbg peristiwa turunnya Al-Quran kepada Rasulullah SAW..Cuma ada pendapat kedua sebenarnya Al-Quran ni diturunkan pada 24 Ramadhan dimana ada hubung kaitnye dgn Lailatul Qadar..17 Ramdhan yg sebenarnya adalah peristiwa berlakunye Perang Badar berdasarkan ayat 41 Surah Al-Anfaal..Dimana ayat itu lebih mefokuskan Perang Badar bukannya Al-Quran..

Firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu:

"…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (Surah Al-Anfaal : 41)

Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran..Sudah menjadi kelaziman kita mengingati 17 Ramadhan sebagai Nuzul Quran, namun bg majoriti para mufassirin, pendapat kedua adalah lebih kuat..Ini kerana 17 Ramadhan bukanlah terdiri dlm malam Lailatul Qadar di mana pd mlm 24 Ramadhan itu la sebenarnya Al-Quran diturunkan..Berdasarkan ayat 1 -5 Surah Al-Qadr:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! "(al-Qadar:1-5)

Dari sini dapatlah disimpulkan betapa rapatnya hubungan Malam Lailatul-Qadar dgn Al-Quran..Seumur hidup hampir 30thn ni aku sendiri tidak pasti adakah aku sudah mendapat merasai malam Lailatul-Qadar ini..mudah2an masih berpeluang untuk menemui malam Lailatul-Qadar ini..Amiin..

Nak cite sikit pasal fadhilat Al-Quran
Banyak sgt fadhilat Al-Quran ni..Seperti yang terdapat di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa:

"Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat" . "

Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga".

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang sangat rugi.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat..Mudah2an dibukakan pintu hati utk kite mendekati dan menjadikan amalan membaca Al-Quran ni seperti mana kite selalu n sukanya membaca newspaper, majalah, email n catatan bloggers2 yg lain..Amiin..