Wednesday, April 27, 2011

Carta Perkembangan Bayi

0 comments

Setiap ibubapa pasti teruja apabila melihat anak mereka tersenyum buat kali pertama, mula menggenggam, meniarap,berjalan dan yang paling mengharukan adalah apabila anak mereka mula memanggil "ibu" dan "ayah". Setiap bayi adalah berbeza maka kadar tumbesaran mereka juga adalah berbeza bagi setiap individu. Oleh sebab itu carta peringkat perkembangan dibina sebagai panduan kepada ibubapa yang peka terhadap perkembangan anak mereka. Carta ini boleh dijadikan panduan untuk memerhatikan perkembangan bayi tetepi harus diingat bahawa carta ini dibina berdasarkan pencapaian kebanyakan bayi; bayi yang normal mungkin mengambil masa yang sedikit lewat berbanding yang dinyatakan. Carta ini adalah sebagai panduan dan bukannya sumber yang mendatangkan kebimbangan.

Carta peringkat perkembangan bayi

Umur

Peringkat perkembangan

1 bulan

  • Mengangkat kepala sambil perut menyentuh lantai
  • Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
  • Bertindakbalas terhadap bunyi yang kuat

2 bulan

  • Menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
  • Mengulangi bunyi vokal seperti "oh" dan "ah"

3 bulan

  • Mengangkat kepala sehingga 45°
  • Mengangkat kepala sambil perut dan dada menyentuh lantai
  • Mengukir senyuman sosial

4 bulan

  • Mengangkat kepala sehingga 90°
  • Duduk dengan sokongan
  • Berguling (dari kedudukan meniarap ke kedudukan menelentang)
  • Mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki

5 bulan

  • Mula tumbuh gigi

6 bulan

  • Menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
  • Menggapai dan menggenggem objek
  • Duduk sendiri dengan sokongan yang minima
  • Berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)

7 bulan

  • Mengajuk bunyi-bunyian
  • Menyuap sendiri makanan
  • Duduk tanpa sokongan

8 bulan

  • Menghisap objek
  • Memanggil 'ibu" atau "ayah"
  • Mula merangkak
  • Bertindakbalas terhadap nama sendiri

9 bulan

  • Mengangkat perut untuk duduk
  • Berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
  • Memahami keadaan kekal objek

10 bulan

  • Mengambil objek menggunakan 2 jari
  • Merangkak dengan sempurna (perut tidak menyentuh lantai
  • Menolak badan untuk berdiri dari kedudukan duduk

11 bulan

  • Menepuk tangan
  • Melambai
  • Berdiri dengan sendiri selama beberapa saat
  • Memanggil dan mengenali ibu bapa sendiri
  • Memahami maksud "tidak"
12 bulan
  • Menggeleng
  • Memahami arahan mudah
  • Berjalan dengan bantuan
13 bulan
  • Mengucapkan 2 perkataan (conton: hai dan bye)
  • Berdiri dengan sempurna
14 bulan
  • Makan menggunakan jari
  • Melangkah beberapa langkah tanpa bantuan luar
15 bulan
  • Gemar melihat dan menyelak buku
  • Berjalan dengan sempurna
  • Memanjat tangga
16 bulan
  • Bersedih apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini
17 bulan
  • Bertindakbalas terhadap arahan mudah
18 bulan
  • Mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
  • Minum menggunakan cawan
  • Makan menggunakan sudu
19 bulan
  • Boleh menggunakan sudu dan garfu
  • Berlari dengan sempurna
20 bulan
  • Membuka pakaian sendiri tanpa bantuan sesiapa
21 bulan
  • Berjalan menaiki tangga dengan bantuan
  • Mula mempelajari sehingga 5 perkataan sehari
22 bulan
  • Mula mempelajari sehingga 10 perkataan sehari
  • Memahami 2 arahan yang berturut (contoh: Ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
  • Boleh mengawal pundi kencing
23 bulan
  • Menggunakan 50-70 patah perkataan
  • Menamakan gambar-gambar mudah di dalam buku
  • Menuruni tangga dengan bantuan
24 bulan
  • Memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
  • Sesetengah ucapannya boleh difahami
  • Membuat ayat menggunakan 3-4 patah perkataan


Tetapi so far Umar belum pun pandai bercakap..huhuhu..lambat pula..tgk kawan2 lain sudah pandai bercakap..Harap x lama lagi Umar akan pandai bercakap..mudah2an amiin..

Tuesday, April 19, 2011

Sangat Bangga dan Terharu !!!

0 comments
Saya sgt terharu dan terkesan dengan usaha murni seorang ibu terhadap anaknya dlm mendidik untuk menunaikan solat..Saya sgt kagum dan bangga dengan beliau..Berikut notes yg saya share kan utk tatapan pembaca sekelian..Semoga mama juga mempunyai kekuatan utk melakukan yang sama terhadap anak mama..

BERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

Monday, April 11, 2011

Sedih, Geram..

0 comments
Salam sume...sebenarnya lama nak type en3 ni, tp ni br berkesempatan..x tahu la hati ni rasa terpanggil sejak dua menjak ni..especially yg terjadi kat negara kite..bab yg Video **** tu malas la nak komen lebih2..dah nama politik, of cos ada yg mengotorkannya..

Tp ni berkaitan institusi kerajaan yg sepatutnya amanah dlm menjalankan tugas..Ops 3B yg dilancarkan oleh SPRM terhadap Jabatan Kastam..masih lagi dlm siasatan..Tiap2 ari ada je kite dgr cerita baru..sgt2 sedih..terfikir macam mana tergamak nya mereka2 yg terlibat nak mkn duit haram ni buat tanggung keluarga masing2..geram pun ada..dgn penggubahan wang kite ke luar negara oleh mereka2 ni, sgt merugikan wang negara kite..malu sgt..bukan nye diperlakukan oleh yg xde agama..

Dulu masa kerja di TD Cars selama 2 thn, every month aku berurusan dgn warga kastam di Port Klang..samada menghantar dokumen Eksais 7 atau 8, atau membayar duti.itu yg membuat aku rasa terpanggil nak cerita isu ini..Gara2 penggubahan Wang ini ada yg terbunuh,,dan masih dlm siasatan, samada dibunuh, bunuh diri atau kemalangan..

Syabas juga pada SPRM yg nampaknya semakin meyakinkan kita dlm membanteras rasuah ini..tapi cabaran buat mereka sgt besar..Di ugut, di ancam bunuh..Itu la adat manusia..bile mahu menegakkan kebenaran pasti ada saja halangan yg dtg..Rasa mcm syukur juga pada niat dan hasrat kerajaan sejak pimpinan Tun Abdullah yg bersungguh2 nak banteras rasuah..menujukkan gejala rasuah bi memang dah menular lama kalangan rakyat especially yg melibatkan urusan kerajaan..

rasuah membawa padah pd negara dan masyarakat..memang susuah nak banteras sampai jd zero Rasuah tp sekurang2nya usaha tetap perlu dilakukan oleh pihak yg berwajib..Negara boleh hancur gara2 rasuah..Tgk la mcm mana negara Indonesia n India..Di sana rasuah di kalangan kerajaan juga agak membimbangkan..

Org kata susuah nak lari dr menerima rasuah n memberi rasuah..x susah sebenarnya,,kalau kite bo layan n bersikap jujur, x kan berleluasa penyakit ini..Tepuk dada tanya iman..Pucuk pangkal ingat Allah...rezeki yg kite cari perlu halal untuk diberi pd anak isteri supaya keberkatan tu ada sampai bile2..memang betul kite perlu cari kesenangan dunia tp untuk kesenangan org ramai bukan nye untuk diri sendiri n menyusahkan org lain..teringat pesan Lukman Hakim, yg menyarankan kite mencari harta kekayaan tp utk kesenangan org lain..bg sedekah, memajukn istitusi kebajikan negara dan masyarakat..dan biar dgn cara bersih dan halal..

moga2 hidup kita anak2 kite seterusnya bebas dr penyakit2 mazmumah ini...hanya doa ku panjatkan agar anak2 keturunanku hidup di dunia adalah hanya mencari keredhaan Allah semata..Amiiin...

Friday, April 1, 2011

My First Home Scheme @ SRP..

3 comments
Emm syukur atas usaha kerajaan berkaitan SRP ni..kami antara yg rasa syukur juga bile skim ini diperkenalkan..

Masih tercari2 lg mana kami nak beli..maklum la usia masing2 dah menginjak angka 30-an, jd makin limit thn bayaran blk nye..tambahan pula hanya suami yg bekerja..jadi byk kena fikir bile nak memulakan satu pembayaran bulanan ni..tp xpe org tua2 kata biar susah2 dahulu, senang kemudian..mudah2an..

syarat2 yg dikenakan memang amat praktikal bg golongan muda yg br nak stabil..tp limit umur sehingga 35thn..uii mak aii..masih lepas ke ni wahai abg ku..kena cepat ni..hehehe..masih byk yg perlu kami study pasal hal ni..xpe la abg sama2 susah sama2 senang..mudah2an ada rezeki buat anak kite ni..

skang langkah yg terbaik bg keluarga kami adalah berjimat cermat..bersederhana seperti biasa cuma mana yg x patut dibelanjakan kurang kan la ya..hahaha tp g bercuti mcm berat nak kurangkan.,.bukanlah kami bercuti jauh pun..masih dlm negeri..tp tetap memerlukn belanja kan..

terima kasih pada kerajaan atas skim ini..tp cik abg ku mcm x berminat je..napa ya??mcm x nak guna skim ini je..xpe akan ku utarakan semula pasal skim ini..sambil borak2..hasrat hati kami nak beli umah di ulu chepor perak nun..mcm dah dpt umah yg berkenan tp tunggu la dulu..harus blk nanti ajak abg borak2 pasal umah ni..apa pun yg penting ada tempat tinggal kan..

Wednesday, March 23, 2011

Selamat Bersiaran 2011 Dari Umah Baru..

4 comments
Salam sume..alhamdulillah syukur bersua lagi lembaran baru di thn 2011 ini..mak aii..nak masuk bln April, br ni en3 pertama ku buat thn ni..

Bukan apa busy la dgn masuk umah baru..Alhamdulillah selesai dah pindah n kemas brg..Seronok juga di umah baru ni..ramai geng ore semenanjung..meriah skit rasanya..rasa bermasyarakat plak dr sebelum ni..

Setakat ini alhamdulillah kami pun selesa di umah baru..tido pun lena tanpa gangguan makhluk2 bumi..tp x leh halang pun..mereka pun nak hidup, cr rezeki mereka..cuma kdg buat kami too creepy la..hehehe..mudah2an umah baru ni xde la jumpa lagi..

Umar pun makin serasi umah baru ni..ngam masuk umah baru dia pun dapat kaki..apa lg explore habis la..maklum la umah dulu kecik sikit..pegi2 mana tempat sama je..tp satu perangai ni x leh ubah..suka membontoti mama ayah nye..especially bile ke dapur..dia pun sibuk la juga..

Buat rakan2 n sedara mara sekalian, kalau dtg Sabah jgn lupa singgah Taman Jadi,Kota Belud ni k..Jumpa lagi...

Mama, cepatla buka pagar ni...

Habit baru Umar, skodeng..hehehhe

Asal buka pintu je menggelitik nak kuar..maklum la br dpt kaki..

Time mama masak di dapur dia pun sibuk, jd mama bg dia senduk, penapis n kentang...buat dia main masak2..

Sunday, December 19, 2010

Cite pasal MAHA 2010..

2 comments
Sempat cuti kali ni kami ke MAHA 2010..1st time mama g dgn ayah n Umar..sebelum ni mama dah g dgn maksu..memang seronok tp memenatkan..mana taknya luas n byk tempat nak g..tp x berkesempatan...apakan daya..masa terluang n kudrat yg ada x mampu nak jelajah sume..

Tp di sini yg besar2 je...hehehhee..nangka besar..lembu besar..kambing besar..kat kota belud ada gak tgk nangka besar masa Tamu Besar ri tu..tp ni lg besar..Lembu besar tu mak aiii...1 tonne 100kg beratnye..umur br 28bln..owner nye dr terengganu..oooo aiii..byk org2 ganu n k'tan bela lembu2 besar ni..

Umar pun biasa je muka nye..maybe penat ke, panas ke..mood x brp baik..tp maintain je duk dlm stroller..bile dpt kuar dr stroller lepaskn dia kat bwh..sgt la suka..rasa bebas la tu...habis merangkak suku dewan...hehehhehe

Kami g jam 9pg hingga nak ke ptg la jugak..itu pun x habis pusing..Pavillion, Padi, Nanas x dpt singgah...xpe la..fikirkn cuaca sama yg mcm nak hujan...apapun enjoy juga..walaupun penat sgt..


Inila tuan empunya lembu besar tu..kacukan..

Umar dgn nangka 48kg


seronok umar dpt lepas bebas..

Umar capet dah mama...

Saturday, December 18, 2010

Setahun dah..

3 comments
Alhamdulillah umar dah pun menginjak usia setahun...Syukur cepat nye masa berlalu...Masih terbayang lagi saat2 kelahiran si kecil, saat mula pandai tersenyum, pandai meniarap, pandai merangkak...Besar sudah anak mama ya..

Sayang sangat pd Umar..moga2 Umar membesar menjadi anak yang sihat soleh dan sempurna..InsyaAllah ptg ni celeb bday Umar, tp oppss maaf ya buat kecil2 lan je..antara family terdekat..semoga Umar dah sihat...menjelang masuk setahun ni, batuk n selsema plak..

mmmuuuaahhh syg sgt pd kamu..



Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Thursday, October 21, 2010

Favourite TV Show Umar

0 comments
En3 ni pasal my lil Umar..antara feveret tv show dia la ni Hi-5 n RHB Spell it right..kalau ada 2 ni khusyuk dia ngadap..dapatla mama ni buat keje umah sikit..boleh dia ngadap depan2 tu..xpe la janji dia suka n happy..

Sampai mama pun terjebak sekali tgk Hi-5..nyanyi2, terloncat2 n termenari2 sama..hahaha jd budak kecil lak..tp syok juga woo..leh exercise n asah suara..sah2 la suara mama ni memang x sedap..Umar pun tgk je mama bile mama join buat sekali mcm kat Hi-5..agaknya apa la yg bermain di fikiran dia..mesti dia kata buruk la mama..huhuhu..tp season baru Hi-5 ni umar mcm x berminat plak..napa yek??jemu ke???lg pun mama x hafal lagi lagu2 n tariannya..so mama x dpt nak gayakan dpn umar..sorry ya sayang..give mama some time k..

Bila RHB Spell it Right tu plak..emm akui..byknye yg x tahu..confirm diri ini perlu study blk dictionary..malu beb..kdg words tu x penah dgr pun..terkial2 ngeja..mcm mana nak jd cikgu ni..huhuhuhu..masa dulu time belajar rajin la juga study dictionary..tp lum khatam2..skang dictionary pun ntah mana simpan..nak kena korek blk cr dictionary..

Ala x leh attach lak gmbr umar ni..due to blogger buat maintenance..xpe la..next time..

Wednesday, September 29, 2010

Alhamdulillah..Seorang lagi Khalifah Allah

2 comments
Salam sume..Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi..kelahiran puteri menambah seri lagi keluarga Tn Hj Misnan n Pn Hjh Rokiah..syukur atas kurniaan mu Ya Allah..

Puteri sulung buat adik selamat dilahirkan pd 24hb Sept, Jumaat jam 12.20tghari di Hospital Barakah..syukur..Bertambah la cucu buat keluarga abah n ma..Moga2 kehadiran puteri ini menambah keberkatan lagi dlm keluarga kami..

Namun ralat juga tak dpt melihat puteri secara live..hanya melalui mms..Umar pun x sabar nak jumpa sepupu nya..xpe tak lama lg kami akan blk ke kampung..moga dpt la kami bertemu..

Buat mak su, Tahniah Dayah n Mat Noah atas kelahiran puteri tercinta..Semoga korang berdua lebih bertambah bahagia n kehadirannya meriahkn lagi keluarga kita..mmmuuuaahh to baby..dah decide ke nama? Jadi ke Khadeeja Humaira tu?



Sleeping beauty...

Wednesday, August 18, 2010

Finally...Here It Is...

2 comments
Alhamdulillah..akhirnya..taraaaa....

laman ku dah berwajah baru..segar tak??emm sgt la suka..TQ sayang ku Umar bg chance mama spent time lama sikit tuk decorate n cat laman umah ni..

So ni yg bersemangat nak berblog kembali..mudah2an...amiin..

see u then..with the next story mory glory..hehehehhe

tq u alls...(psst..ada ke yg baca ni..huhuhu)

Tuesday, August 17, 2010

Macam nak Cat & Decorate Umah la...

0 comments
lama nye x ber blog..huhuhu nak catit memerlukn byk masa..jd masa skang sgt la limit tuk blog ni..siannye blog..skang dah masuk ramadhan 7 cepatnya masa berlalu..hahaha mama ni dah ari ke-3 x posa..

tajuk di atas bukan la apa..mcm nak tukar laman umah ni..dah lama benar..sesekali dpt yg br n fresh ok gak kan..nanti la nak surf tgk idea mcm mana nak cantikkn umah ni..menjelang raya ni, laman umah ni nak juga berwajah segar dan baru..harap2 menjadi la..tp memerlukn masa yg lama nak ngadap idea2 ni..xpe la..minta bantuan ayah Umar tuk tlg menjaga Umar..ok kan ayah..?Tq..

Sebut pasal Umar, Alhamdulillah Umar dah pun masuk 8 bulan..x sangka sekejap je masa berlalu..dia dah pandai merangkak n duduk..tp duduk yg belum brp stabil la..syukur atas kurniaan Allah..emm ni antara gmbr2 terbaru Umar..





Ok la..nanti kte sambung lg k..mana tahu dgn laman umah yg baru..hahahaha..

Thursday, July 1, 2010

Apa?? Umar Jatuh Katil???

0 comments
Gara2 ke "careless" an mama, Umar jatuh katil last week..Khamis 24 June 2010, jam 10:40pg..berdebuk kepala nya di simen..Sumpah!! Jantung mama jatuh ke kaki tatkala nampak Umar jatuh dr katil..Terus dapatkn Umar dukung sambil2 tu air mata ni x putus2 mengalir..Bimbang jd mudarat, takut ayah marahkn mama..macam2..Hanya Allah je yg tahu betapa seriau n debar nye mama mlihat Umar jatuh tu..Berapa ketika setelah pujuk Umar, anakku tersenyum melihat mama..Oh Tuhan!!!Itu lah senyuman paling berharga n nikmat yg tak terhingga dr anakku..

Cukuplah sekali..Nyesal x sudah..Trauma di buatnya setiap kali dengar bunyi berdentum walhal mama tahu Umar bukan di katil..Maafkn mama sayang..24 Jam mama n ayah monitor Umar..jika terdapat bengkak di kepala atau Umar muntah..Syukur Alhamdulillah..Umar aktif mcm biasa malah makin lasak..Opah kata nak tambah nakal la tu..

Selama ini mama hanya mendengar kemalangan bayi dan kanak2 byk berlaku di rumah..hahaha mama sendiri yg cipta kemalangan itu atas sebab kecuaian mama..Moga menjadi panduan buat diri Mama selepas ini..

Saturday, May 15, 2010

Safety Toys for Children..

1 comments
En3 kali ni just nak share pasal keselamatan mainan pada anak2 kita..since ada 1 permainan yg kami beli ni agak merisaukn buat kami..jadi terpanggil nak cite sikit..

Sebab kebanyakan kemalangan yang berlaku pada kanak2 banyak berlaku dirumah..Antaranya kerana kecuaian kite sebagai ibu bapa. Kebanyakan kes kecederaan dan kematian ini berlaku kerana standard keselamatan alat permainan kanakkanak tidak dipatuhi. Ibubapa pula terlalu ghairah untuk memuaskan kehendak anak-anak mereka dan tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan terhadap alat-alat permainan tersebut.

Bulan lepas kami baru beli 1 permainan buat Umar..memang fun dan Umar pun suka..tp motor yg menggerakkan permainan itu agak merisaukan, kerana ianya terlalu berat takut2 tempat berpaut nya tak dapat menampung berat motor tu..kerana misalnya jika kejadian x diingini itu berlaku, dia pasti akan mencederakan bahagian kepala..nauzubillah..jadi tanpa membuang masa, kami memulangkan permainan tersebut atas alasan tidak safety pd bayi kami..Syukur toys store tu menerima dan memulangkan duit kami..Emm agak mahal la juga permainan tu n dr jenama agak terkenal juga..emm ala yg apa fish fisher tu..hehehehe..memang tahu dorg tidak akan memasarkan mainan yg boleh membahayakan kanak2 kerana mereka telah melakukan penyelidikan terlebih dahulu..tp perasaan bimbang kami sbg mama ayahnya membuat kami melakukan keputusan begitu..




So inilah mainan yg disebutkan di atas..Bayangkan motor yg berwarna bergerak tu sangat berat bg bayi berumur 4 bln ini..Especially bile Umar ligat menendang, bergerak jugalah kaki motor yg merah tu..

Mujur Umar belum pandai merajuk mainan dia dah di pulangkan..Umar kini sudah pun ada mainan baru nya..(psst..tp dr brand yg sama..hehehe) Syukur berbaloi di beli memandangkan Umar juga suka dgn mainan baru ni..



Lihatlah mainan baru Umar..seronok lihat bila kaki tangan dia ligat nak menyentuh toys yg gantung2 tu bila sampai masa main dia..

Maka, sebagai pengguna permainan yang berhemat, kita harus menyedari tentang bahaya yang terdapat pada sesetengah alat permainan kanakkanak serta mengawasi alat permainan yang diberikan kepada anak-anak kita. Malangnya di Malaysia tidak terdapat sebarang peraturan yang mengawal ciri-ciri keselamatan pada alat permainan dan peralatan kanak-kanak. Oleh itu, perlindungan kendiri adalah perlindungan terbaik.Sebagai parents kite mampu berusaha mengelak dan menjaga keselamatan anak2 kite, tp jika kecelakaan tetap berlaku, ingat la ia kerana Yang Maha Esa,yg mahu menduga kesabaran hambanya...

Tuesday, April 20, 2010

Our Joy Turn to 4th Months

6 comments
Syukur Alhamdulillah...Umar dah pun masuk 4 bln..makin lasak, makin kuat main..Sekarang dia dah pandai meniarap..Lagi 4 hari nak masuk 4 bln, dia boleh meniarap sendiri..disaksikan sendiri oleh ayahnya..sebelum ini kena bantu tolak punggung nya..jadi biasalah benda baru, pantang dibaringkan dia akan meniarap..Seronok rasanya dapat melihat perkembangan si kecil..X sabar pula nak melihat "what's next?".Emm bile melihat dia tersenyum dan gelak, air mata ku pasti bergenang..betapa syukurnya aku atas anugerah ini..hanya doa yang mampu ku panjatkan minta Allah izinkan anakku ni membesar menjadi anak yang soleh, sihat dan sempurna..Izinkanlah kami melihat dia membesar sehingga sampai ajal kami dulu..

Buat ayah, "Thanks a lot for everything..for ur sacrifice, patience, tolerant..We appreciate that.."
Buat Umar ku sayang, "Membesarlah sayang menjadi anak yg memakmurkan dan baik seperti mana maksud namamu Umar Waldan..Mama Ayah amat menyayangimu.."

Lihatlah Umar skang..dah makin dewasa n handsome tak?hehehehe...






Wednesday, March 24, 2010

The Precious Moment

2 comments
Salam sume..hehehe ada ke yg sudi membaca blog ku ini..lama nya x update..since ada anak kecil ni masa lebih tertumpu pd si dia..Nak share la pengalaman bersalin..

14hb Dec 2009
Since EDD dah sampai tp belum ada tanda nak bersalin, kemungkinan aku akan di induce..Jam 1000 sampai ke Hospital Bersalin Razif utk check up..Sekali Dr Aziah check pintu rahim, terkejut juga rupanya sudah buka 2cm..Aku di tahan wad..br planning lepas check up nak g jln2 window shopping ke..emm xpe la tp syukur juga..at least tahu la dah nak bersalin, wpun x tahu bile masanya akan tiba..Jadi x perlu la induce..(pstt..org kata sakit ya induce ni..?)Pastu naik atas wad check CTG baby dulu..emm ok normal..Pastu br diberi salinan pakaian n katil 1..ku sms family ku..Ma aku kol nangis2 btahu dia ampunkn segala salah silap, n halalkn susu n mkn minum selama ini, n tlg doakan mudah2an mudah tuk aku bersalin..seriously aku malu..supposed aku yg minta n ckp mcm tu..huhuhu..

Mujur suami tercinta ada sekalai sepanjang di wad..Jadi tidak la boring..Aku bykkn berjln ja..Pusing keliling wad di situ..Tgk nursery baby room, alahai mcm x sbr lak nak tgk mcm mana rupa anakku dlm perut ni..Namun setiap 3 jam, BP ku di catit..syukur sepanjang hari normal saja..Dalam hati berdebar2 juga mcm tertanya bilakah masa sakit tu sampai..

Jam 1345, Selepas solat Zuhur, aku pergi ke toilet..Sekali aku tgk terdapat sedikit darah menandakan tanda2 bersalin..Istilah medical dipanggil "show"..Masa tu lega n teruja sgt..sbb x lama lg mungkin aku akan melahirkan..

Jam 2100, Dr Aziah dtg utk check bukaan ku..Syukur alhamdulillah sudah buka 4cm..Makin berdebar n x sabar lak..

15hb Dec 2009
Start jam 0000, kdg2 aku terasa sakit perut mcm period pain, dlm firasat aku mungkin itu tanda2 sakit nak bermula..Boleh dikatakan setiap sejam..Tp tidaklah aku cuba meneran..Aku relax je..lena juga tidur, kerana aku fikir tuk simpan tenaga..Sempat ku kirim nasi grg pd suami bila dia dtg nanti..

Jam 0545 aku bgn mandi..Nurse dtg suruh siap bfast nak masuk labour room..hah..biar betul terkejut aku..dah sampai masa nya ke..Jam 0600, aku diberi bfast roti n milo..n di beri pakaian salinan tuk labour room..Tp x de selera plak nak mkn..Jam 0620 aku di beri ubat masuk ke punggung utk berak..memang x sampai 3 minit, terus perut ku memulas utk ke toilet..

Suami aku sampai selepas aku blk dr toilet, aku btahu dah nak kena masuk labour room..jam 0650 di bawa ke labour room..Tp belum lg rasa sakit apa2..nurse dtg tanya nak ubat tak?aku kata x perlu lg sbb x rasa apa2 lg..

Sepanjang dlm labour room, dgr suara baby selamat dilahirkn..huhu bila la baby aku nak dilahirkn..Dlm labour room aku rasa sejuk sgt..asyik nak terkencing..tp dah x leh bgn ke toilet, kencing ikut tiub je la..Mulut ku x putus2 baca selawat Syifa' n Doa "la illah hailla anta"..

Jam di hadapan ku sentiasa aku tgk..lama nya aku di dlm labour room..suami aku brp kali kuar g bfast, g mkn lunch tp lum lg tanda2 sakit nak bersalin..Jam 1100, Datin Dr Norana dtg check bukaan ku, tetapi masih 4cm..masa tu hatiku sedih n terus menangis..terfikir kenapa dah lama masih 4cm..CTG baby masih lg normal..Datin kata kalau x buka lg, akan pecahkn air ketuban..Aku kena masuk air di tgn..

Jam 1300,Datin dtg lg check masih 4 cm, jadi terpaksa pecahkn air ketuban..huhuhu sedihnya namun aku redha..masa Datin seluk tgn dia pecahkn ketuban dgr bunyi "pop"..OO maybe tu tanda ketuban dah pecah..Terus terasa air hangat mengalir keluar dr bwh ku dgn banyaknya..Tp aku masih tidak rasa sakit lg..Aku teruskn berdoa mudah2an selepas ini makin besar la bukaan ku..

Jam 1530, Dr Norida pula dtg check..emm masih lg 4cm..masa tu aku hanya fikir Ya Allah selamatkn la baby dlm kandungan ku..heartbeat baby pd CTG masih normal..Doc btahu kalau selepas 1630 masih x buka2 maybe kena buat czer..Fuuh itu la perkataan yg plg aku takuti n kalau leh nak elak..

makin hampir jam 1630 hatiku berdebar, bila Dr Norida dtg masuk check lg, aku memang dah redha..Dr panggil suami ku n kata, aku memang kena czer..masa tu aku pandang muka suami ku dgn sayu..sedih sgt..Doc kata no progress n tulang pelvik ku kecil..Doc suh nurse siapkn aku tuk czer, n suami ku di minta keluar..Aku diminta sign surat kelulusan czer..

Jam 1700, aku dimasuk ke operation teater..debar tok sah cakap la..Aku diperkenalkn dgn pakar bius..masa tu minta aku bgn dia cucuk di belakang pinggang ku..terasa mcm cucuk di belakang..lepas tu dia berkata relax, x lama lg dlm 10 min you boleh tgk ur baby..X tahu la mcm mana perut ku di bedah oleh Dr Norida..perut ku di hadang dgn kain..dlm jam 1716 aku dipanggil n nurse btahu "Puan, ini lah anak puan"..masa tu terus tgk kemaluan nya..hehehe nyata n sahih it's a boy..syukur sgt..selepas tu aku x tahu apa yg terjadi aku rasa ngantuk sgt..

Pastu aku sedar keesokan harinya jam 0700 , 16hb Dec..itu pun selepas Dato' kejut ku, dan aku terkejut kenapa aku di OT lagi..Aku tanyakan pd Dato' apa yg terjadi..n dia kata aku mengalami komplikasi selepas pembedahan n ditempatkn di wad..terkejut aku..dato' katakan aku x sedar2 langsung, n heartbeat aku terlalu laju umpama aku berlari..Menurut kata Dato' kemungkinan badan aku x leh menerima injection pain killer, jadi Doc pakar bius terpaksa mengeluarkn semula kesan ubat tu dr badan ku..Ada di sebut term nya something like "reverse".. Masa tu sempat aku toleh ke skrin monitor yg amik bacaan heartbeat aku memang berbunyi sahaja..Dato' n nurse suruh aku relax tenangkn diri..masa tu air mata aku mengalir kerana dpt aku rasakan bagaikn aku mati hidup kembali..Hanya wajah2 baby ku n insan tersayang yg terbayang di ingatan ku yg menguatkn semangat ku..masa tu bibir ku x putus2 mengucap kalimah syahadah dan selawat syifa'..Suami ku pun xlama selepas itu sampai..Dia cuba menenangkn aku..Setelah keadaan aku stabil, baru la aku di masukkan ke bilik wad.

Begitula kisah aku melahirkn Umar..Bila di ingat blk memang serik dah nak mengandung terutama dlm masa 2/3 thn ni..tunggu la kekuatan mental aku kembali..hehehe lihatlah umar skang..tembamkan..



Scrapblog,Scrapbook,Babies



Saturday, January 30, 2010

Yeay!! 44 days in confinement end today..

6 comments
Syukur Alhamdulillah..tq so much to my mom, abah, angah, dayah n noah helping me to take care of Umar Waldan..without you all, really don't know how i can make it alone..

Umar dah pandai nak borak n gelak skang ni..emm menjadi kesayangan atuk opah n adik2 ku..seronok la dia bile dikelilingi oleh kami sume..tapi bile dtg meragam dia, sume org x leh tahan huhuhu..sampaikn atuk opah memaanggil Umar dgn nama berlainan..mana tahu x serasi dgn nama Umar..hehhee

Apapun skang hasrat hati nak sihatkn tubuh badan ku..n try be a very gud mom to Umar..mcm nak cite pengalaman bersalin kan Umar..tp x berkesempatan la..nanti la next time..

Till then, mama love Umar..

Umar: "Mama, Umar nak g Umrah dah la..dlm ihram ni.."

Umar : "Jgn kaco waktu lena ku.."


Umar : "Fire kang !!"


Umar: "Mama, sedapnye bantal peluk ni.."


Umar : "Mama, lihatla senyuman menggoda ku.."

Monday, December 28, 2009

Style Tido & Pose Umar Waldan B Mohd Rizal..hehehe

6 comments

Umar : "Mama & Ayah..peace !!!"



Mama Ayah : "Umar suka tido kepala senget mcm ni..x sakit ke kepala tu sayang?"



Amboi muncung nye bibir tu..ni setiap kali kalau kejutkn dia bgn tido..hehehe Umar akan buat bibir mcm tu..




Umar : "Mama Ayah, besar nanti Umar nak jd bilal la, ok kan?"



Umar : "Mama Ayah, jgn jealous..nikmatnye tido !!"

Thursday, December 17, 2009

Kelahiran Yang Dinanti..Syukran Ya Allah..

10 comments

Syukur Alhamdulillah..Akhirnya putera sulung kami selamat dilahirkan pada 28 Zulhijjah bersamaan 15hb Dec 2009, jam 5:16ptg, dengan berat 3.10kg..baby ku ni nak kuar kot tingkap juga ya..Xpe la sayang..walaupun selepas tu mama lak mengalami sedikit komplikasi..syukur selepas tu selamat semuanya..terima kasih yg tak terhingga pd suami tercinta, kedua2 keluarga besar ku, dan teman2 yg sudi mendoakan keselamatan mam n baby...

Buat abang tersayang..inilah hadiah paling bermakna daripada kite buat abg menjelang ulangtahun kelahiran abg yg ke 32..suka tak dpt hadiah ni???Tq very much abg for ur patience, pengorbanan n everything..Love u..Sama2 kite membesarkan baby ni menjadi anak yg Soleh n berguna pd Islam, mama n ayah, keluarga dan masyarakat ya..

Monday, December 14, 2009

Emm dr td masih 2cm ke??

3 comments
Pg td dlm kul 10.40am check up jumpa Dr Razif mcm biasa sbb dah on date..Naik atas Tingkat 1 buat CTG dulu..dr CTg tu nurse tgk dah ada contraction..uish ya ke..aku pun x sure..rasa la sakit mcm baby mengeras tp mcm leh thn lg..Dah 20 min buat CTG, turun bwh jumpa lak Dr Aziah..Dlm kul 11.50am Dr check dah buka 2cm..wah baby ni memang nak kuar ari ni kot..Dr kata kalau ptg x bersalin lg , maybe br fikirkn tuk induce..redha je la..

Selepas solat Zuhur, dlm kul 1.45pm g toilet sekali tgk dah ada show, iaitu darah..mcm lega la juga meaning tu tanda nak dekat la tu..ok la kot..so selang sejam ni aku mula rasa mcm sakit perut nak melabur, ma aku kata tu tanda gesa la tu..emm sekang dah jam 6.15..x tahu la dah buka brp cm..makan lalu je ni..pantang sua, semua ku telan sbb memikirkan tenaga nak teran nanti..

Skang bykkn berjalan n amalkan ayat Kursi, Doa Nabi Adam, Surah An-Nas..n baca juga surah Maryam moga Allah mudahkn aku bersalin bile tiba masanya nanti..macam nak tido pun ada juga ni..oklah..aku berserah dan bertawakal padamu Ya Allah..thanks a lot to abg, ma n abah yg menemani dr td..huhuhu cian dorg, lama nya nanti baby ku ni kuar..

Monday, December 7, 2009

Celeb Birthday Qistina Amira

2 comments
Semalam celeb bday anak buah husband en rizal di enstek..yg bernama Qistina Amira..insyaAllah baby ku juga akan sambut bulan kelahiran yg sama dgn Mira thn depan..mudah2an..lama juga x mkn kek bday ni..sedap nye..puas juga la..lupa sekejap aku ni mengandung..mkn kek emm yummy yummy x ingat..coklat nye sedap..ada gmbr ku share kn sekali..sempat la kami cr kan hadiah buat bday girl..tp kalau dah beli tuk yg sorg, yg sorg tu pun kena la beli juga..hehehhe..utk hadiah si adiknye..walaupun bday nye next month..ku selitkn gmbr2 mereka..



sampai jilat2 mkn kek..... bday girl amira..


qistina amira & qistina afiqah


yummy yummy sedap la kek ni..


kek dr kami x sempat rasa lak